Pages

Wednesday, January 12, 2011

Tipu Sana, Tipu Sini.. Sapa Tipu?


Ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, kelmarin, membuat laporan polis berhubung dakwaannya terhadap penyelewangan peruntukan bagi Parlimen berkenaan terhadap Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak (ICU).

Menurut dakwaan beliau, penyelewangan itu membabitkan peruntukan untuk melaksanakan beberapa projek khusus berjumlah lingkungan RM1.72 juta.


"Saya mahu polis menyiasat kes penyelewengan seperti ini dan dana RM1.72 juta adalah satu jumlah yang besar dan ianya merupakan wang rakyat dan bukan wang peribadi Pegawai Kemajuan Negeri.

"Saya mahu polis bertindak dengan segera dan memberi maklum balas pada saya kerana saya bertanggungjawab melaporkan perkara sebenarnya pada pengundi," katanya.

Sementara itu, ICU negeri menyangkal dakwaan itu bahawa agensinya terbabit dalam penyelewengan peruntukan wang rakyat sebanyak RM1.72 juta.

Pegawai Kemajuan Negeri, Datuk Hasim Hassan berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung pengagihan peruntukan itu yang diguna sepenuhnya bagi membangun kawasan berkenaan.

Menurutnya, jumlah itu membabitkan jumlah keseluruhan peruntukan yang disediakan bagi membangunkan parlimen Sungai Siput dan tidak perlu diagihkan kepada Ahli Parlimen.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...