Pages

Thursday, December 16, 2010

Parlimen Kangaroo: Siapa sebenarnya Kangaroo?ke lembu?


Kangaroo!!!!Kangaroo!!!Shame on You!!!Undur Speaker!!!Zalim!!!

Itulah antara perkataan yang ditempikkan oleh ahli-ahli parlimen pembangkang pada hari terakhir sidang parlimen hari ini. Perkara yang dimarahkan sangat oleh mereka itu adalah berkisarkan kisah empat orang geng mereka yang digantung selama 6 bulan. Bagi sesiapa yang tidak mengikuti kisah sedih ini secara live, biar aku ceritakan serba sedikit jalan cerita yang telah mengKANGAROO kan parlimen Malaysia tercinta ini.

Begini kisahnya......

Arakian tersebutlah kisah seorang ketua pembangkang yang diberi nama Anwar Ibrahim melalui cerekanya yang bertajuk 'Umno-APCO' telah mendendangkan dengan lunak sekali perihal kisah bagaimana sebuah syarikat perunding dari Israel telah memainkan peranan penting di dalam dasar yang menjadi tunjang kepada pentadbiran negara ketika ini iaitu dasar 1Malaysia.

Maka di dalam cerekanya itu, saudara Anwar ini dengan gagah dan perkasanya membentangkan point-point mengaitkan dasar itu dengan dasar 1Israel. Tidak dinafikan bahawasanya mendengar intonasi dan gaya cerita beliau itu membuatkan kita yakin bahawa memang APCO berperanan besar di dalam pelaksanaan dasar itu di Malaysia. Sehingga terlupa pula bahawasanya apa yang disampaikan itu tidak lebih dari cereka. Kenapa aku cakap cereka? Relaks r...Aku akan jawab kat penghujung artikel ni...

Sambung cerita....

Makanya, setelah selesai bercereka kecohlah kisah bahawa Israel ada mencampuri urusan pentadbiran negara. Bertubi-tubi makian, asakan dan tohmahan yang diterima oleh kerajaan. Tidak ketinggalan juga Umno yang turut terkena tempiasnya sehingga dilabel Umno-APCO oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Namun begitu, apabila diminta untuk membuktikan dakwaan beliau, sehingga kini ahli parlimen Permatang Pauh itu GAGAL untuk mengemukakan walau sebaris ayat untuk menyokong dakwaan beliau itu. Bukankah cereka namanya itu?

Lalu, apabila terdapatnya usul untuk menggantung beliau selama 6 bulan, maka bermacam-macam usaha dilakukan untuk melepaskan beliau. Selain itu, isu APCO ini turut dijadikan modal oleh pakatan pembangkang di dalam ceramah politik mereka. Malangnya, hadirin yang menghadiri ceramah-ceramah itu tidak pula bertanyakan bukti dakwaan itu sebaliknya menerima dengan bulat-bulat bahawasanya APCO itu memang dilantik oleh kerajaan.

Itu cerita lain. Sambung cerita.

Maka, sementelah beliau dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, beliau juga dibenarkan untuk melantik seorang peguam. Lebih hebat lagi, peguam beliau itu juga diberi kuasa untuk menyoal saksi-saksi yang terlibat. Hebat. Sesuatu yang tidak pernah berlaku di dalam mana-mana parlimen negara-negara Komanwel.

Tidak cukup dengan melantik peguam, isu ini juga telah diusulkan untuk didebatkan di dewan rakyat sebelum proses pengundian dijalankan. Bagus. Boleh lantik peguam, boleh debat.

Namun begitu, pada hari ini iaitu hari yang sepatutnya debat usul menggantung beliau berlangsung, geng-geng beliau dari pakatan pembangkang sejak dari pukul 10 lagi telah memulakan proses menghuru-harakan dewan. Bermotif apakah tindakan mereka ini? Kemuncak huru-hara itu adalah apabila sepanduk-sepanduk berdakwat yang bukan-bukan dijunjung oleh mereka ketika persidangan. Sejurus kemudian, mereka 'berkawad' beramai-ramai menuju keluar dewan sebaik sahaja selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang sudah macam nak kena heart attack mengumumkan untuk terus mengundi.

Di luar dewan, si ketua pembangkang pembikin cereka ini mula mengeluarkan cereka terkininya berjudul 'Speaker Tidak Adil' yang telah mula membanjiri pasaran media alternatif dan mainstream negara. Antara petikan menarik di dalam cereka terbarunya itu adalah beliau tidak diberikan peluang untuk membela dirinya secara adil.

Ok....Cerita aku habis setakat itu....Nak ulas pulak...kang tangan lenguh malas lak nak ulas....Berikut adalah ulasan aku...Nak percaya boleh, nak marah boleh, nak cakap aku dibayar oleh Umno-APCO pon boleh....Tapi ulasan ni aku buat pasal aku ada kat tempat kejadian dari 1st day isu ni hot....Yang tak percaya tu aku nak tanya "KO ADO?"...start ulasan...

Kalau menurut kata Anwar, beliau tidak diberi peluang yang adil untuk membela dirinya. Dan aku pun percaya yang benda tu juga akan dijadikan modal di dalam ceramah-ceramah pembangkang lepas ni dengan tajuk "Speaker dibeli oleh Umno".

Tapi kalau korang tengok story aku yang panjang lebar kat atas tu, korang rasa dia da diberi keadilan ke belum? Time beliau kena mengadap jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen, beliau dibenarkan melantik peguam. Selain itu, peguam beliau itu juga dibenarkan menyoal balas saksi, sesuatu yang sangat RARE berlaku. And hari ni pulak isu itu dibawa untuk dibahaskan di dalam dewan sebelum diundi. Bukankah itu natural justice kawan-kawan ku yang cerdik pandai? Apa lagi keadilan yang dituntut oleh beliau?

Ok...Tadi undi dia kalah....Kenapa dia kalah?Da dia bawak ramai-ramai geng dia keluar dewan tu buat ape? Da tu time bahas tu geng-geng dia jugak yang ganggu perjalanan dewan. Nak kategori apa tu kawan-kawan?

And dakwaan bahawa speaker tidak adil, meh sini aku tolong bagitau ek kawan-kawan...speaker tidak terlibat dengan bahas....speaker hanya mendengar sahaja perbahasan....selain itu, speaker juga tidak mengambil bahagian di dalam pengundian.....nak cakap speaker tak adil macam mana? Kalau diorang kalah time ngundi pon da sah-sah lah pasal diorang bukan majoriti....Camne tu kawan-kawan?

Persoalannya sekarang ni, siapa sebenarnya yang menjadikan parlimen itu parlimen kangaroo? Sama-samalah kita fikir ek....Assalammualaikum

2 comments :

Anonymous said...

bravo bravo bob!!

Sireh said...

kangaroo oh kangaroo..
lembu oh lembu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...