Pages

Friday, November 19, 2010

Ketua Wanita PKR HINA Anak-anak Istimewa



KETUA WANITA PARTI Keadilan Rakyat (PKR), Zuraidah Kamaruddin mengaku, parti itu melahirkan ‘anak tidak cukup bulan’ menyebabkan ada yang terencat akal lalu bertindak keluar parti.

Kita akui, Keadilan sebuah parti baru dan melahirkan anaknya sebagai pemimpin yang tidak cukup bulan. Mana-mana pemimpin yang berjaya dan kekal dalam parti adalah anak istimewa".

” Mereka yang lompat parti adalah kanak-kanak yang menghidap sindrom down atau terencat akal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Keadilan Wanita ke-6, di sini, sebagai mengulas pergolakan dalam PKR yang menyaksikan ramai pemimpin dan wakil rakyatnya bertindak keluar parti. Zuraidah berkata keadaan itu berlaku kerana PKR sebuah parti baru yang cuma berusia 10 tahun.

Beliau juga mengakui jumlah cabang Wanita PKR yang berjaya mengadakan mesyuarat agung berkurangan kepada 106 sahaja tahun ini berbanding 206 pada tahun lepas. Bagaimanapun perkara itu katanya berpunca daripada usaha pemutihan parti. – BERNAMA


Lihatlah, inilah bentuk, cara dan akhlak Ketua Wanita Keadilan yang bercita-cita untuk memimpin wanita di negara ini...hina sangatkah seorang kanak-kanak yang mengalami sindrom down...mak bapak yang ada anak sindrom down juga hinakah...klu nak bercakap tu berlapik r sikit...jangan r main lepas jer...takde bende lain ke yang boleh dijadikan kiasan...sepatutnya ko bsyukur ada anak yang sihat...macam harammmmmmmm....

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...