Pages

Monday, September 30, 2013

Siapa Azalina Othman?




Siapa sangka seorang wanita lasak dan memegang tali pinggang hitam Taekwondo mampu membimbing dan mengetuai sayap Puteri UMNO yang terkenal dengan kelembutan dan keayuan.

Datuk Seri Azalina Othman yang lahir pada 31 Disember 1963 di Johor Bahru tidak menolah kebelakang dan terus mengorak langkah kehadapan dalam pemilihan UMNO kali ini.

Memegang No.36, graduan undang-undang UiTM ini merupakan calon Majlis Tertinggi UMNO dan akan bersaing dengan puluhan calon yang lain.

Siapa sangka suatu ketika dahulu beliau hanya sekadar ahli biasa UMNO di peringkat cawangan Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur kini mampu bertanding ke jawatan yang lebih tinggi.

Anjakan penglibatan beliau di dalam UMNO bermula apabila beliau mengetuai Jawantankuasa Penaja Puteri UMNO pada April 2001. Kemudian pada 1 November 2002, beliau dilantik sebagai Ketua Puteri sekaligus meletakkan beliau sebaris dengan Naib Presiden UMNO.

Pada tahun 2004, beliau telah diberi kepercayaan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pengerang dan menang tanpa bertanding. Pencapaian beliau diteruskan pada tahun 2008  (menang tanpa bertanding) dan 2013 menewaskan calon PKR dengan majoriti yang sangat besar.

Melihat potensi yang ada pada dirinya, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawa telah memberi beliau amanah untuk mengemudi Kementerian Belia dan Sukan dan kemudian di Kementerian Pelancongan.

Seperti biasa, beliau juga tidak terlepas daripada pelbagai fitnah dan tohmahan. Beliau dituduh mengamalkan rasuah ketika menjadi menteri. Bagaimanapun, pada tahun 2009, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan mengesahkan Azalina BEBAS daripada rasuah.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...