Pages

Tuesday, September 21, 2010

Budaya Tegur-menegur: Salahkah Ketam Menegur Monyet?


Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Mungkin perumpamaan itu tepat untuk ditujukan kepada aku. Yalah, aku sedar pandangan sesetengah orang terhadap aku. Pada mereka aku ini teruk. Aku ini jahat. Aku ini boleh membawa pengaruh yang tidak elok. Macam-macam lagi tanggapan orang terhadap aku yang dapat ku teguk dari air liur pembawa-pembawa berita yang menyampaikan gelas liur mereka kepadaku.

Aku sedar siapa aku. Aku tahu tahap aku di mana. Ya, sekurang-kurangnya aku tahu. Dan aku bersyukur kerana aku sedar siapa aku. Bukan seperti kebanyakkan monyet-monyet yang tidak sedar betapa monyetnya mereka itu. Dasar monyet tidak sedar diri.

Aku tertanya-tanya, adakah kerana betapa sedarnya aku tentang siapa diri aku ini dan juga BETAPA SEDARNYA MONYET-MONYET ITU TENTANG SIAPA AKU, membuatkan aku tidak layak untuk memberikan sedikit kata-kata nasihat atau teguran jika terdapat perkara yang bagi aku tidak molek? Apatah lagi jika perkara yang tidak molek bagi aku itu juga adalah perkara yang dihina oleh bukan sahaja manusia, tetapi juga ALLAH!!!

Aku tau aku ibarat ketam. Aku bukannya ustaz. Aku tidak maksum. Aku juga tidak dapat lari dari melakukan perkara-perkara yang mendatangkan dosa dan murka dari tuhanku yang maha esa. Tetapi adakah itu alasan yang kukuh untuk MENGHARAMKAN aku dari menegur? Seperti aku contengkan tadi, aku sedar aku tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Tetapi aku tidaklah sampai tahap untuk membetahkan alasan untuk menunjukkan yang kesilapan aku itu bukan kesilapan. Yang salah tetap salah. Aku terima dengan hati terbuka jika terdapat makhluk-makhluk yang datang kepadaku dan menegur perbuatan ku. Aku terima teguran mereka sebaik-baiknya.

Tidak seperti beberapa ekor monyet yang ku lihat berkeliaran begitu liarnya di kota lumpur ini yang apabila ditegur terus ingin menggigit. Betapa liarnya monyet itu. Bukan sekadar menggigit, bahkan monyet-monyet ini juga cuba untuk berbicara betapa perbuatan liar mereka itu tidak salah. Kata-kata mereka itu ibarat mereka bukannya hamba ALLAH yang maha esa. Ibarat perkara yang mereka lakukan itu diredhai ALLAH walaupun terang-terangan perkara itu sangat dikutuk oleh Islam, agama yang dianuti oleh monyet-monyet itu.

Ya. Aku tau siapa aku. Ya aku bukan ustaz. Dan kerana aku bukan ustazlah si monyet-monyet cuba membuka satu-satu kesalahan ku demi menunjukkan betapa mereka lebih mulia dari aku. Mungkin kerana aku ketam yang berjalan senget, maka sang monyet boleh memandang enteng kepada setiap patah bicara ku. Mungkin monyet lebih mulia dari ketam. Setiap perbuatan ku diungkit oleh sang monyet demi menutup perilaku beliau yang mendapat teguran ku. Aku tertanya-tanya, mungkinkah salah jika aku, seekor ketam menegur si monyet? Aku juga tertanya-tanya, apa salahkah budaya saling tegur-menegur itu untuk diaplikasikan? Sedangkan kita ini digalakkan untuk saling tegur-menegur sesama kita untuk menjadi insan yang mulia.

Cuba tanya kepada rakan-rakanku adakah aku menjadi liar jika sekiranya mereka menegur perkara yang tidak cantik dilakukan oleh aku? Paling-paling aku diam. Aku dengar teguran mereka. Aku terima leteran mereka itu secara positif. Tidak pula aku melenting atau sebagainya melainkan jika perkara yang ditegur itu memang tidak dilakukan oleh aku.

Aku juga berasa kasihan terhadap seorang rakanku ini. Niatnya menegur itu telah dipandang serong seserong-serongnya oleh SANG MONYET BERSAMA KOLONINYA. Lebih teruk lagi, kawanku itu terus ditolak bulat-bulat oleh koloni monyet tersebut. Ya, kawanku itu juga tidaklah lurus jalannya. Ada juga bengkang-bengkok di sana-sini. Tapi salah monyet itu juga kerana tidak menegur. Jadi kenapa bila kawanku itu menegur, segala jalan bengkoknya diungkit-ungkit oleh sang monyet? Adakah ketika itu baru sang monyet boleh melihat atau berbicara? Dasar monyet!!!

Persoalan utama aku ketika ini adalah, adakah budaya tegur-menegur itu tidak dapat diterima oleh kebanyakkan monyet ketika ini? Kepada monyet-monyet, sedarlah. KAU TU MONYET. Kalau orang tegur tu terimalah dengan hati terbuka. TAK PERLULAH NAK MEMONYET. Jika kau tak suka dengan apa yang aku buat, kau tegur je aku. Aku terima. Sekianlah contengan sang ketam tentang sang monyet. Bukanlah ketam mahu menjadi raja, cuma cuba tengok penangan sepit ini pedih atau tidak.

3 comments :

senandung semalam said...

xsalah...
xtegur yang salah..

encik ketam said...

tp kalau tegur,monyet2 akan mula meliar...walaupun sebelum ditegur dia da memang liar

Alif Abu Bakar said...

panas panas...
kena dtg manjalara buat liputan ni bob!!!
kikiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...