KUALA LUMPUR: Selepas penarikan diri bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman dalam merebut jawatan Ketua Wanita sayap parti itu, Ahli Jawatankuasa Umno Kulim Bandar Baharu, Raihan Suleiman pula memutuskan untuk mencabar kerusi yang kini disandang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Dalam usaha untuk menjadikan pergerakan itu mantap seiring dengan agenda parti serta memperkasakan sayap paling kuat dalam Umno itu, jelas Raihan, perubahan yang ingin dibawa itu memerlukan dirinya sendiri sebagai pemimpin.
"Saya perlu tunjuk kepada masyarakat saya mampu lakukannya.
"Saya juga akan memfailkan kertas pencalonan pada 21 September ini," jelasnya.

Menurut Raihan, beliau yakin tindakan beliau untuk bertanding Ketua Wanita Umno tidak akan menyebabkan perpecahan di dalam parti kerana perwakilan kini sudah matang dan mampu membuat pilihan yang bijak.
"Bagaimana saya hendak sebabkan perpecahan jika saya sendiri tidak punya penyokong. Jika saya ada pun, saya akan beritahu mereka jangan benci Shahrizat kerana Allah telah beri dia peluang untuk memimpin lagi," katanya.
"Mungkin saya bukan calon popular, saya juga mengakui perkara ini sebelum menawarkan diri, tetapi ini bukanlah satu risiko yang besar kerana saya cukup percaya, perwakilan kelak sudah bijak menentukan siapakah yang layak.

"Isu popular atau tidak bukan isu utama, mereka undi pada hemat dan pemerhatian mereka terhadap kualiti calon," kata beliau di laman sosial facebooknya.
Dalam perkembangan yang berkaitan, beliau turut terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Azalina yang menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Wanita Umno.
Bagaimanapun, perkembangan terbaru itu jelasnya tidak mempengaruhi pendiriannya untuk terus bersaing dengan Shahrizat merebut jawatan tersebut.
"Saya perlu bangkit untuk bersama-sama meneruskan legasi Wanita Umno yang hebat. Saya bertanding bukan suka-suka, tetapi dengan rela hati dan jiwa.
"Apabila wujudnya pemilihan, di situlah adanya kepelbagaian, dan apabila wujudnya kepelbagaian, di situlah adanya kekuatan. Fikir positif kerana kita Wanita Umno yang terbuka," ujar beliau.
Azalina sebelum dikatakan telah menarik diri daripada bertanding selepas “dinasihatkan” berbuat demikian oleh seseorang yang sangat berpengaruh.
The Malaysian Insider melaporkan, Azalina akan diberikan jawatan kanan dalam sayap Wanita Umno dan syarikat berkait kerajaan (GLC) jika tidak bertanding.
Azalina adalah penyandang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik menyertai badan itu pada 2000 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas presiden Umno.
Beliau menjadi Ketua Puteri Umno dari tahun 2000 hingga 2004 dan ahli MT dari 2004 hingga 2009.
end
No comments :
Post a Comment