Pages

Thursday, June 6, 2013

You Sudah Salah You Mesti Tanggung Maaa!!




Sejak kebelakangan ini gejala menghina institusi beraja dilihat mula menular semula di kalangan masyarakat negara ini. Pernah kecoh sedikit masa dahulu, namun ia sekali lagi menggamit kehidupan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Ada penahanan yang dilakukan oleh pihak berkuasa, satu tindakan yang pastinya bukan tindakan yang popular bagi kebanyakan orang. Tapi tidak dinafikan ada juga yang mengalu-alukan tindakan tersebut. Apapun Ketam percaya pihak berkuasa pastinya mempunyai asas yang kukuh di sebalik penahanan tersebut.

Juga dalam tempoh yang singkat negara telah digemparkan dengan berita kematian tiga orang tahanan polis dalam lokap. Berita mendukacitakan ini mendapat perhatian hampir seluruh warganegara yang prihatin. Dan seperti biasa, pastinya dalam insiden-insiden sebegini akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab, populis, cuba menangguk di air yang keruh demi kepentingan tertentu. Tak perlu Ketam nyatakan di sini kerana Ketam percaya pasti semua yang mengikuti perkembangannya tahu siapa yang dimaksudkan.

Dan bicara soal menghina institusi beraja, tidak keterlaluan sebenarnya jika dikatakan tindakan ini sebagai hasil didikan pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang tergamak melakukan apa sahaja demi mencapai agenda peribadi dan kumpulannya. Di dalam mengejar cita-cita mereka, puak ini sanggup menggadaikan apa sahaja hatta maruah agama dan bangsa tergamak mereka pertaruhkan.

Teruskan membaca di sini



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...