Lima nama telah disenarai pendek oleh Barisan Nasional (BN) untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Laporan media menyebut lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disenarai pendek itu ialah Datuk Amiruddin Setro (Jeram), Datuk Shamsudin Lias (Sungai Burong), Abdul Shukor Idrus (Kuang), Datuk Johan Abdul Aziz (Semenyih) dan Sulaiman Abdul Razak (Permatang).
Amiruddin dan Shamsudin dikatakan mengetuai pencalonan berdasarkan kepada pengalaman mereka selama tiga penggal menjadi wakil rakyat.
Pilihanraya tersebut menyaksikan kegagalan BN untuk merampas semula pentadbiran negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.
BN di Selangor hanya berjaya di 14 dari keseluruhannya 56 kerusi DUN di negeri itu.
Senarai 5 Calon Ketua Pembangkang BN Selangor:
1. Datuk Amiruddin Setro - Jeram
2. Datuk Shamsudin Lias - Sungai Burong
3. Abdul Shukor Idrus - Kuang
4. Datuk Johan Abdul Aziz - Semenyih
5. Sulaiman Abdul Razak - Permatang
No comments :
Post a Comment