Saturday, December 25, 2010
Pertembungan ke-7 PAS vs UMNO
Berikut imbasan kembali kesemua PRK yang menemukan UMNO dan PAS selepas PRU 12.
1) 17 Januari 2009 – PRK Parlimen Kuala Terengganu akibat kematian Ahli Parlimen UMNO. Calon PAS menang dengan peratusan majoriti 4.15% menewaskan calon BN UMNO dan BEBAS. PRU 12 BN UMNO menang dengan peratus majoriti 0.96%.
2) 7 April 2009 – PRK Bukit Gantang akibat kematian Ahli Parlimen PAS. Calon PAS menang dengan peratusan majoriti 6.80% menumpaskan calon BN UMNO dan BEBAS. PRU 12 calon PAS menang dengan peratusan majoriti sebanyak 3.97%.
3)14 Julai 2009 – PRK Manek Urai akibat kematian ADUN PAS. Calon PAS menang dengan peratusan majoriti 0.62% menumpaskan calon BN UMNO. PRU 12 PAS menang dengan peratusan majoriti 13.31%.
4) 25 Ogos 2009 – PRK Permatang Pasir akibat kematian ADUN PAS. Calon PAS menang dengan peratusan majoriti 30.86% menumpaskan calon BN. PRU 12 PAS menang dengan peratusan majoriti 32.78%.
5) 11 Oktober 2009 – PRK Bagan Pinang akibat kematian ADUN BN UMNO. BN UMNO menang dengan majoriti 49.65% menumpaskan calon PAS. PRU 12 BN UMNO menang dengan 20.84%.
6) 4 November 2010 – PRK Galas akibat kematian ADUN PAS. BN UMNO menang dengan majoriti 12.58% menumpaskan calon PAS. PRU 12 PAS menang dengan peratusan majoriti 7.89%.
7) 30 Januari 2010 - PRK Tenang akibat kematian ADUN BN UMNO. Siapakah yang akan menang?Mampukah BN UMNO mempertahankan atau PAS berjaya merampas kerusi tersebut..
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment