Pages

Tuesday, November 16, 2010

Undang-undang dan Kesedaran


Jika menjelang musim perayaan tidak kira apa sahaja perayaan di negara ini pastinya kita kerap kali mendengar slogan ini:

1. "BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, INGATLAH ORANG TERSAYANG"
2. "RANCANG PERJALANAN ANDA, PASTIKAN TIADA ORANG YANG MENANGIS MENANTI KEPULANGAN ANDA"

Tidak cukup dengan itu, banyak lagi kempen, edaran risalah di plaza tol turut diadakan. Dan segala aktiviti kempen itu hanya mempunyai satu tujuan iaitu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Penghujung 2009, negara dikejutkan dengan kemalangan sebuah bas ekspress dua tingkat di KM278.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara meragut 10 nyawa... Tidak lama selepas itu sekali lagi tragedi membabitkan sebuah bas ekspress berhampiran tol Simpang Ampat mengorbankan 13 nyawa.

Igauan mimpi ngeri bagi pengguna bas tidak terhenti setakat itu sahaja. Sebuah bas persiaran yang membawa belia 4B dari Kedah terbabas ketika menuruni Genting Highland 30 Oktober lalu. Kejadian itu mengorbankan tujuh nyawa.

Saban hari kejadian kemalangan membabitkan bas semakin meningkat walaupun pelbagai langkah sudah diambil termasuk penguatkuasaan undang-undang. Namun, di manakah silapnya.

Jika undang-undang sudah diperkuatkan, perlaksanaan oleh pihak berkuasa dijalankan mana lagi cacat celanya. Betul, itu semua kehendak Yang Maha Kuasa.

Selagi kesedaran sivik tiada bagi umat Malaysia, kes-kes seperti ini tidak akan terhenti walaupun pelbagai pendekatan, kempen dan cara sudah dibuat kerana kebanyakkan kes-kes ini berpunca sendiri daripada manusia.

Tidak dinafikan masih terdapat 'Machine Failure' namun peratusannya amat sedikit jika hendak dibandingkan dengan kecuaian manusia. Seharusnya pemandu-pemandu tidak kira bas atau apa sahaja kenderaan lebih berhati-hati.

Jika anda seorang pemandu bas, fikirkanlah nyawa yang menjadi tanggungjawab anda. Jangan biarkan jalan raya di Malaysia dijadikan medan darah yang seringkali mencatatkan angka kematian yang tinggi saban tahun.

Jangan pula kita asyik menuding jari kepada pihak tertentu sahaja tanpa memikirkan apa hikmah di atas musibah yang sudah berlaku.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...