Pages

Thursday, November 18, 2010

AMANAT KERAMAT


Sejak krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlaku beberapa minggu yang lalu, De Facto Leader / Ketua Umumnya seakan membisu tanpa mengulas lanjut apa yang sudah atau akan berlaku terhadap parti itu.

Selepas Bekas Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan perletakan jawatan seterusnya melangkah keluar dari parti itu, Ketua Umum tidak membuat sebarang kenyataan media.

Apakah permainan ciptaannya sudah memakan diri sendiri dan beliau sendiri sedar tentang kenyataan bahawa impian 'Marching To Putrajaya' hampir atau seakan lenyap.

Difahamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan 'AMANAT' keramat esok yang pastinya dinanti-nantikan oleh segenap ahli dan pimpinan parti itu. Namun apakah isu kandungan atau tema AMANAT terbabit.

Mungkin AMANAT itu akan dizahirkan mungkin untuk mengecam/mendakwa atau pelbagai lagi perkataan seumpamanya terhadap perilaku Datuk Zaid dan angkatannya yang meninggalkan parti itu.

Salahkah Datuk Zaid meninggalkan PKR, sedang pada masa sama seorang lagi calon Timbalan Presiden Mustafa Kamil Ayub turut mengemukakan dua kali bantahan tetapi masih lagi meneruskan perlumbaannya dengan Azmin.

Bagi kalangan ahli-ahli PKR, mereka berharap AMANAT dari Ketua Umum mereka akan menyelamatkan keadaan. Setidaknya menjernihkan sedikit kekeruhan yang jelas terpalit dalam, luar dan tepi parti itu.

Tapi berdasarkan 'pembayang' yang beliau berikan hari ini, iaitu kenyataannya tentang tindakan zaid keluar dari parti itu, maka kita WAJIB untuk tidak terkejut jika AMANAT yang diPROPAkan itu sebenarnya satu lagi pentas untuknya menutup kelemahan beliau sendiri dengan meletakkan batu kesalahan itu di atas bahu orang lain/zaid/UMNO/BN.

-Next post will be focus on the AMANAT-

Pastinya AMANAT itu yang dinanti oleh semua.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...