Pages

Wednesday, October 23, 2013

Tiga mati air empangan dilepaskan di Cameron Highlands


Tiga terbunuh – dua daripadanya lemas manakala seorang lagi akibat serangan jantung – dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet Cameron Highlands, awal pagi Rabu.

Kejadian pada 1 pagi itu turut menyebabkan seorang wanita Indonesia hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki cedera.


Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Mohd Zahari Wan Busu, berkata arus deras dan banjir kilat itu memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.

Dua yang mati lemas ialah lelaki Bangladesh dikenali sebagai Jahangir, 30-an, dan wanita Indonesia yang hanya dikenali sebagai Kesmat, 46.

Satu mayat ditemui di dalam sebuah rumah dan satu lagi di bawah runtuhan rumah yang lain.

Lelaki yang mati akibat serangan jantung ialah Tan Tuck Choi, 51. Dia mati dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Kalsom di sini, awal pagi ini

“Kedua-dua mayat mangsa kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Kalsom, Cameron Highlands,” katanya.

Seorang lagi mangsa, wanita Indonesia berusia 17 tahun masih hilang justeru usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan, kata Mohd Zahari.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan 243 anggota polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dijalankan seawal jam 7.30 pagi ini selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu.

Dalam kejadian awal pagi Rabu, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam (Selasa).

Dianggarkan 100 buah kenderaan turut rosak teruk akibat arus deras dalam kejadian itu.

“Pelepasan air empangan pertama dibuat pada jam 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat,” katanya.

Seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Yusri Abdullah Sani berkata, pemilik empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) membunyikan siren amaran pada jam 12 tengah malam tadi sebelum air berkenaan dilepaskan 20 minit kemudian.-23/10/2103


- bnbbc.my

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...