Pages

Wednesday, October 23, 2013

Hanya BN dan PAS berentap di Sungai Limau


Hanya pertembungan calon Barisan Nasional dan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Selepas waktu menyerah kan borang pencalon ditutup pada jam 10 pagi Rabu, hanya Dr Ahmad Sohaimi Lazim daripada BN dan Mohd Azam Samat  dari PAS mengemukakan borang di Dewan Dato Madi, Yan.

Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kemudian mengumumkan Dr Ahmad Sohaimi dan Mohd Azam  disahkan layak bertanding.


Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Azizan memegang kerusi itu selama lima penggal sejak 1995.

Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada Barisan Nasional (BN), Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

Jumlah pengundi berdaftar yang layak mengundi ialah seramai 27,222 orang.

Menurut data SPR, 93 peratus atau 25,323 orang daripadanya ialah pengundi Melayu, Cina (1,842 orang atau 6.7 peratus), India (15 orang atau 0.6 peratus) dan selebihnya kaum-kaum lain.

Sebanyak 58 saluran dan 17 pusat mengundi akan dibuka untuk PRK Sungai Limau.

Sementara itu, penyokong calon-calon parti yang bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, terutama mereka yang datang dari luar kawasan itu, diingatkan supaya menghormati budaya setempat.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, masyarakat Sungai Limau amat menghormati sesama mereka, dan untuk itu para penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS yang datang dari luar kawasan itu perlu menghormati budaya murni penduduk setempat.

“Saya berharap penyokong-penyokong terutamanya dari luar menghormati budayadi sini kerana masyarakat kampung di Sungai Limau amat menghormati nilai-nilai murni,” katanya kepada pemberita.

Abdul Aziz berkata, SPR berpuas hati dengan persiapan pilihan raya kecil Sungai Limau dan berharap proses itu berjalan lancar dari tempoh berkempen sehingga hari pemilihan pada 4 November ini.- 23/10/2013


- bnbbc.my

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...