Pages

Friday, September 13, 2013

SPAD: Pengusaha Bas Perlu Lebih Bertanggungjawab



Beberapa hari lalu kita dikejutkan lagi dengan satu lagi kemalangan yang melibatkan Bas di Lebuh Raya Karak. Walaupun tidak seteruk tragedi Bas jatuh gaung di Genting Highland baru-baru ini, ianya cukup menimbulkan kerisauan kepada pengguna mengenai tahap keselamatan pengangkutan awam tersebut.

Dimanakah silapnya?

Setiap kali berlakunya kemalangan, kita dapat lihat Suruhan Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sering tampil kehadapan sedangkan terdapat empat kementerian dengan lapan agensi terlibat dalam merangka strategi menangani tragedi itu.

Empat kementerian dan lapan agensi terbabit ialah Kementerian Pengangkutan yang di bawahnya ada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan Puspakom, Kementerian Kerja Raya (Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia), Jabatan Perdana Menteri (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) dan Kementerian Dalam Negeri (Polis).

Sekian lama kementerian dan agensi itu terbabit dalam menangani kemalangan namun sehingga kini masyarakat belum pasti pihak mana yang benar-benar bertanggungjawab jika berlaku sesuatu kemalangan.

SPAD telah menjalankan tanggungjawabnya mengeluarkan prosedur antaranya mengenai kriteria pemandu bas dan menjadi tanggungjawab pengusaha syarikat bas untuk menentukan prosedur itu diikuti.

Memandangkan kekerapan kemalangan melibatkan bas akhir-akhir ini, SPAD memberi amaran kepada pengusaha bas supaya tidak lepas tangan dan perlu bertanggungjawab terhadap setiap kemalangan membabitkan pemandu mereka.

"Bila kemalangan berlaku banyak yang bertanyakan kepada SPAD. SPAD tidak boleh menjaga pemandu bas, apa yang SPAD boleh buat ialah melahirkan prosedur menentukan pemandu yang layak, mempunyai pengalaman mencukupi dan yang sihat masa memandu.

"Tetapi paling penting yang kita akan bagi tumpuan ialah tentukan pengusaha yang sebenarnya golongan berdepan dengan keadaan itu, mereka perlu mengambil tindakan tegas kepada penentuan pemandu-pemandu yang tidak mencukupi syarat untuk memandu, itu kemungkinan akan mengelakkan atau mengurangkan kecelakaan daripada berlaku," kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Syeh Hamid Albar.

Dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan termasuk dua bas di KM31.5, Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur petang kelmarin, Syed Hamid berkata, SPAD akan menghantar notis tunjuk sebab kepada pengusaha bas meminta mereka memberikan jawapan kepada beberapa persoalan mengenai kemalangan itu.

Seorang wanita Singapura yang terlibat dalam kemalangan itu meninggal dunia awal hari ini, manakala 12 orang cedera dalam kejadian itu.


Beliau berkata, perkara yang sama juga dilaksanakan dalam kemalangan bas di Genting Highlands baru-baru ini mengakibatkan 37 penumpang maut.

"Macam yang di Genting Highlands... kita panggil pengusaha untuk tunjuk sebab. Pengusaha tak boleh lepas tangan... akhirnya sama ada pemandu selamat, pemandu sihat, itu adalah tanggunjawab pengusaha.

"Kami akan bertindak tegas terhadap pengusaha, tetapi kami tidak mahu membuat kesimpulan sebelum mendapat keputusan siasatan. Kalau tak kita tak adil kita buat keputusan siapa yang bersalah sebelum tahu fakta dan keterangan," katanya.


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...