Pages

Monday, September 16, 2013

Chin Peng Mati Di Bangkok


BANGKOK: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, meninggal dunia di sebuah hospital, di sini, awal pagi ini, demikian menurut laporan akhbar dalam talian Bangkok Post.


Beliau meninggal dunia sebulan sebelum tarikh ulang tahun ke-89 kelahirannya. Chin Peng dilahirkan pada 21 Oktober 1924.

Bekas gerila komunis ini hidup dalam buangan selama beberapa dekad selepas
cubaannya untuk menubuhkan negara komunis di Tanah Melayu, kemudian Malaysia,
gagal.

Walaupun beberapa kali mencuba untuk kembali ke Malaysia, beliau tidak dibenarkan berbuat demikian kerana tindakannya mengetuai pemberontakan berdarah di negara ini masih jelas dalam ingatan sesetengah rakyat Malaysia.






- Bernama

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...