Pages

Tuesday, January 11, 2011

Senario Politik Sabah


Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Komposisi tersebesar adalah kaum kadazan-dusun di mana mewakili satu pertiga keseluruhan penduduk di Sabah. Peratusan komposisi bagi Melayu-Islam di Sabah pula adalah sebanyak 51% daripada keseluruhan penduduk di Sabah seramai 3.28 juta pada 2010.

Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen di Malaysia yan menjadikan negeri ke-2 terbanyak kerusi Parlimen selepas Sarawak. 3 dari Parlimen di Sabah berpihak kepada parti pembangkang iaitu P.171, Sepanggar (SAPP), P172, Kota Kinabalu (DAP) dan P.190, Tawau (SAPP). Terdapat beberapa parti komponen yang bersatu di bawah Barisan Nasional seperti UMNO, PBS, LDP, UPKO dan PBRS. Kesemua parti ini mewakili kaum masing-masing yang ada di Sabah. UMNO mempunyai bilangan ahli paling ramai iaitu menghampiri bilangan setengah juta seramai, 459 817 orang.

Sabah mempunyai kekuatan daripada segi ekonomi sumber asli seperti kayu balak, kelapa sawit, petroleum dan juga gas asli. Sabah adalah diantara pemilik minyak dan gas cecair, di mana pada masa kini mengeluar lebih 500 000 tong minyak sehari berbanding 290 000 sehari pada 2007. Pendapatan negeri Sabah pula pada tahun 2010 mengikut sumber adalah memperolehi pendapatan perkapita RM9,536 berada di bawah standard nasional. Namun dengan Pelancaran Model Economi Baru (NEM) boleh dipercayai boleh melonjakkan Sabah ke tahap yang lebih baik dengan Keluaran Negara Kasar (GDP) Sabah dijangkakan RM12,583, walaupun sekarang berada di tempat ke-13.

Kedudukan BN di Sabah setakat ini agak kuat sehingga di gelar sebagai ‘fix-deposit’ Barisan Nasional. Rakyat masih yakin dengan pentadbiran BN sebagai kerajaan di Sabah. Namun ada beberapa isu yang bakal di hadapi di Sabah dalam PRU 13 seperti :

Isu kemiskinan rakyat sabah
Majoriti rakyat Sabah marah apabila Sabah diumumkan sebagai negeri termiskin di dalam Malaysia dan menganggap kerajaan Persekutuan telah mengambil hasil Sabah untuk Semenanjung sahaja sehingga ramai rakyat Sabah di kawasan pedalaman yang menjadi miskin tegar. Statistik menunjukkan pada 2,000, tahap kemiskinan Sabah pada tahap 16 peratus dan merupakan tahap yang tertinggi di Malaysia kerana tiga kali purata nasional yang disumbangkan oleh kadar pengangguran Sabah tertinggi di Malaysia iaitu pada tahap 5.6 peratus dan hampir dua kali ganda purata pengangguran nasional (3.1 peratus).

Isu PATI
Rakyat Sabah agak terkilan dengan isu X-files kerajaan Persekutuan yang banyak mengambil rakyat Filipina dan Indonesia semata-mata untuk strategi pilihanraya di Sabah. Rakyat Sabah berpendapat setelah menjahanamkan politik Sabah dengan Projek X-Files ‘Pendatang Asing Tanpa Izin’ dengan merekrut lebih 322,903 warga Filipina, Indonesia, India, Pakistan sebagai ‘Pengundi Untuk Disewa’ dan diberi kerakyatan Malaysia melalui jalan songsang; kini jumlah mereka sudah terlalu mendominasi demografi Sabah seramai lebih 1.7 juta mendatangkan ancaman yang besar kepada Sabah, bahkan Malaysia.

Isu PBS dalam Sabah
Bagi rakyat Sabah yang beragama Islam, kedatangan PBS sebagai salah satu komponen BN merupakan satu ancaman kepada mereka. Rata-rata sudah fobia dengan pentadbiran PBS yang suatu masa dulu pernah pentadbir negeri Sabah. Pada mereka jika BN masih meletakkan PBS sebagai calon di kebanyakan tempat maka Sabah akan menjadi negeri bukan Islam lagi dan ini merupakan ancaman kepada mereka. Majoriti rakyat Sabah Melayu-Islam tidak menyokong Tuntutan 20 Rakyat Sabah yang mana salah satunya mahu menjadikan Sabah tempat bebas untuk beragama.

Isu janji Kerajaan Persekutuan
Banyak janji yang diumumkan oleh BN pusat semasa pilihanraya masih lagi tidak ditunaikan oleh kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh BN. Kemudahan fasiliti yang dijanjikan masih lagi kabur sejak zaman Tun Mahathir lagi.

Kedudukan bagi Pakatan Rakyat yang terdiri dari Parti Keadilan, PAS dan juga DAP masih lagi kurang diterima oleh rakyat Sabah. Rakyat Sabah menganggap semua Parti Pembangkang yang berasal dari Semenanjung tidak akan merubah apa-apa kepada kemajuan negeri Sabah kelak. Mereka beranggapan mereka hanya mementingkan hasil ekonomi Sabah semata-mata dan pentadbiran akan kucar-kacir kelak. Namun harus diingat bahawa undi rakyat Sabah adalah berdasarkan etnik. Jika calon tempatan yang diletakkan oleh PR dalam PRU 13 akan datang adalah seorang berkaliber maka calon anak tempatan itu pasti akan menjadi faktor undi berpihak kepada PR tanpa mengira parti. PR sebagai dianggap sebagai “Pakatan Semenanjung” kononnya akan memusnahkan kuasa autonomi Sabah jika PR ditakdirkan dapat menumbangkan kerajaan BN dan menubuhkan kerajaan baru di Sabah.

Satu perkara yang perlu dibimbangkan adalah kedudukan parti pembangkang tempatan seperti BERSEKUTU pimpinan Datuk Harris Salleh  sedang melakukan ‘re-branding’ bagi menghadapi PRU 13 kali ini tanpa mahu bersepakat dengan PR. SAPP juga bakal menjadi barisan alternatif parti tempatan yang bakal menjadikan pilihanraya menjadi lebih hangat di bawah pimpinan bekas Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee.

Satu lagi parti baru yang ditubuhkan adalah PARTI SETIA RAKYAT SABAH (PSRS) di bawah pimpinan Datuk Noor Mansur. Beliau merupakan bekas presiden BERJAYA selepas Datuk Harris Salleh dan bakal membawakan isu hak Sabah dalam PRU 13 akan datang. Pengalaman beliau sebagai Menteri Kewangan semasa dalam kabinet Sabah ketika zaman BERJAYA dulu akan meletakkan beliau sebagai calon yang agak berketrampilan ketika ini. Diramalkan ramai calon Melayu- Islam akan diletakkan di kebanyakkan DUN di Sabah di bawah parti ini.

BAHAGIAN PILIHAN RAYA
BILANGAN
PEMILIH
BILANGAN
MENGUNDI
PERATUS
PENGUNDIAN
UNDI
DITOLAK
MAJORITI
PARTI MENANG
P.167 - KUDAT


39,643 
26,551 
66.98% 
1,058 
9,895 
BN
P.168 - KOTA MARUDU


31,938 
22,199 
69.51% 
748 
4,198 
BN
P.169 - KOTA BELUD


43,071 
33,710 
78.27% 
1,046 
3,020 
BN
P.170 - TUARAN


40,761 
30,563 
74.98% 
979 
6,622 
BN
P.171 - SEPANGGAR


39,251 
26,990 
68.76% 
790 
11,461 
BN
P.172 - KOTA KINABALU


43,714 
28,017 
64.09% 
326 
106 
DAP
P.173 - PUTATAN


34,935 
23,296 
66.68% 
608 
6,445 
BN
P.174 - PENAMPANG


35,821 
25,552 
71.33% 
540 
3,063 
BN
P.175 - PAPAR


32,279 
24,913 
77.18% 
651 
9,574 
BN
P.176 - KIMANIS


22,239 
17,367 
78.09% 
500 
5,453 
BN
P.177 - BEAUFORT


26,788 
19,346 
72.22% 
681 
10,914 
BN
P.178 - SIPITANG


24,145 
18,211 
75.42% 
531 
6,146 
BN
P.179 - RANAU


30,810 
22,201 
72.06% 
653 
7,251 
BN
P.180 - KENINGAU


35,578 
25,956 
72.96% 
464 
4,264 
BN
P.181 - TENOM


20,874 
15,705 
75.24% 
523 
6,883 
BN
P.182 - PENSIANGAN


19,712 
0.00% 
BN
P.183 - BELURAN


19,181 
12,349 
64.38% 
468 
4,352 
BN
P.184 - LIBARAN


31,435 
20,536 
65.33% 
613 
7,529 
BN
P.185 - BATU SAPI


26,004 
16,398 
63.06% 
730 
3,708 
BN
P.186 - SANDAKAN


32,847 
20,048 
61.03% 
644 
176 
BN
P.187 - KINABATANGAN


19,554 
12,814 
65.53% 
589 
6,326 
BN
P.188 - SILAM


43,488 
27,557 
63.37% 
989 
9,792 
BN
P.189 - SEMPORNA


35,216 
22,209 
63.07% 
832 
17,462 
BN
P.190 - TAWAU


42,560 
27,071 
63.61% 
735 
4,867 
BN
P.191 - KALABAKAN


36,018 
0.00% 
BN
JUMLAH KESELURUHAN
807,862 
519,559 

15,698 


PURATA KESELURUHAN


64.31% 
3.02% 



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...