Pages

Wednesday, May 29, 2013

PR Cuba Blackout Penipuan Pilihan Raya



Satu perkara yang perlu difahami oleh khalayak apabila timbul tuduhan oleh pemimpin PR terhadap pihak lawan, penting diketahui kebiasaanya tohmahan itu menggambarkan apa yang sedang dan telah dilakukan oleh PR.

Maksudnya, bila mana pemimpin PR sibuk mencanang wujud salah laku rasuah dalam Kerajaan Pusat pimpinan BN, maka yang sebetulnya ialah amalan rasuah sudah lama mendarah daging di kalangan pemimpin PR.


Amalan politik wang dalam UMNO misalnya, ia hanya wujud selepas kehadiran Anwar dalam parti itu dan agak memuncak ketika Ketua Umum PKR itu berusaha untuk merampas jawatan Timbalan Presiden daripada Allahyarham Tun Ghaffar Baba.

Sebelum itu, semua pemilihan dalam UMNO dilakukan secara bersih tanpa melibatkan wang ringgit dan kini bila Anwar berada dalam PKR dan mengetuai PR, gejala yang sama menjangkiti PKR dan rakan sepakatannya seperti DAP dan PAS.

Demikian bila PR rancak memperkatakan berlakunya penipuan dalam pilihan raya kelolaan SPR, maka ketahuilah tipu daya dan silap mata dalam pemilihan parti-parti gabungan PR sudah lama menjadi adat kebiasaan.

Tengok sajalah apa yang berlaku dalam pemilihan DAP yang hiruk piruk dan serba meragukan baru-baru ini di mana Zairil Khir Johari atau nama sebenarnya Christopher Ross Lim yang tersingkir dari pemilihan tiba-tiba saja menjadi anggota CEC DAP. Ajaib, bukan?

Begitu juga dengan pemilihan PKR sekitar 3 tahun lalu di mana wujud penipuan jumlah mengundi dan berlaku kekecohan sana sini sehingga kerusi dan meja berterbangan.

Kini dalam PRU-13, mereka sibuk memperkatakan mengenai penipuan yang kononnya dilakukan oleh SPR walhal yang berlaku sebenarnya ialah cubaan PR untuk mengalih pandangan umum dari membicarakan kemungkinan yang melakukan penipuan ialah PR sendiri.

PR yang melakukan konspirasi mengupah warga Bangladesh untuk berlakon sebagai pengundi, kemudian mengarahkan pula penyokongnya dari keturunan India berlakon sebagai warga asing, tapi akhirnya SPR yang dituduh semata-mata untuk menimbulkan keraguan umum.

Dalam kes yang lain pula, warga Sabah dijadikan sebagai bahan taruhan politik apabila dituduh sebagai pengundi hantu sedangkan di masa yang sama puluhan ribu warga China yang 'hilang' kemudian mengundi untuk PR cuba disembunyikan.

Untuk mewujudkan momentum kemarahan di kalangan penyokongnya pula, PR menyebarkan pula beberapa video parodi yang dilakonkan bagi menyakinkan khalayak kemudian menganjurkan himpunan blackout di merata-rata tempat.

Semua ini sebenarnya hanyalah satu taktikal strategik yang dilaksanakan semata-mata untuk menutup kejahatan mereka sendiri dengan harapan rakyat akan bangkit di jalanan sama seperti Arab Spring yang berlaku di beberapa negara Arab.

Menyedari hakikat ini, amatlah perlu untuk rakyat Malaysia berlapang dada setiap kali wujudnya tohmahan atau tuduhan dari pemimpin PR, jangan sesekali tertipu untuk kali yang seterusnya.





No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...