Bantahan puak meroyan kalah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang berlangsung 5 Mei lalu semakin rancak nampaknya. Dan hari ini bakal berlansungnya satu lagi siri himpunan golongan-golongan yang tidak dapat menerima takdir, tidak dapat menerima hakikat, tidak berpijak di bumi yang nyata, tidak sanggup menerima kekalahan mereka pada pilihanraya itu.
Tak habis-habis menyelewengkan fakta konon mereka kalah disebabkan sistem ataupun proses pelaksanaan demokrasi di negara ini begitu korup sekali. Malah, pegangan ini sudah diterapkan di dalam benak penyokong-penyokong mereka lama sebelum pilihanraya lagi. Makanya, atas kepercayaan tersebut tak hairan jika ramailah rakyat yang setia berbondong-bondong ke Amcorp Mall meraikan diri mereka ditipu bulat-bulat oleh si meroyan yang diangkat sebagai pemimpin mereka.
Anehnya, kalau sudah dikatakan sistem itu korup mereka masih sudi untuk turut bertanding juga dalam PRU13. Anehnya lagi, mereka berjaya membentuk kerajaan di beberapa buah negeri.
Bertambah aneh lagi, antara negeri yang mereka menang itulah paling awal sekali mengadakan sesi mengangkat sumpah selepas pilihanraya. Aneh..aneh..aneh..

Ataupun, adakah ketidaktelusan yang dikatakan itu hanya berlaku pada pertandingan-pertandingan untuk kerusi Parlimen sahaja?
Itu persoalan dari satu konteks. Jika melihat konteks yang lainnya, persoalan yang timbul pula adalah mengapa terdapatnya kawasan-kawasan yang mereka menang, wujud pendedahan aktiviti penyelewengan? Di Kuantan misalnya..
Kita lihat pula persoalan dari konteks ini. Isu ‘blackout’ misalnya, bukankah Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah mengeluarkan kenyataan mengatakan tidak berlaku insiden terputus bekalan tenaga pada hari pengundian? Apakah tidak disedari tentang penafian insiden itu oleh seorang wartawan yang berada di lokasi kononnya insiden itu berlaku? Calon yang bertanding juga sudah menafikannya bukan? Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengeluarkan kenyataan penafian siap dengan hujah-hujah yang menunjukkan unsur-unsur penipuan pihak yang menyebarkan cerita mengenainya. Tak tahukah?
Juga dengan meroyannya dikhabarkan kepada pengikut-pengikut yang tak tahu apa kononnya mereka sudah menang pilihanraya kerana mereka ada undi popular. Tapi tak pelikkah kalaulah mereka yang menang, membentuk kerajaan persekutuan, tak kah buruk rupanya ‘kerajaan’ hanya ada 89 sahaja kerusi di Dewan Rakyat, berbanding ‘pembangkang’ pula 133 kerusi? Pelikkan? Itu kalau sistem undi popular yang mereka sedang jaja sekarang ini diaplikasikan.

Soal ini juga Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sudah naik berbuih mulut nak fahamkan orang ramai. Tapi malangnya yang sang meroyan punya kata-kata jugak yang orang nak dengar. Maklumlah, ‘popular’…
Sebab itu katanya Amerika Syarikat pun tidak pakai sistem undi popular..Amerika, seperti Malaysia, menggunapakai sistem ‘first pass the post’ melainkan pilihanraya Presiden sahaja.
Pemilihan untuk Kongres Amerika, samada Senator atau House of Representative, mereka pakai ‘first pass the post’ ini.
Britain juga sudah beratus tahun mengamalkan proses demokrasi berasaskan first pass the post, iaitu perwakilan mewakili bahagian pilihanraya, satu bahagian pilihanraya adalah bersamaan satu kerusi.
Sambung
No comments :
Post a Comment