Pages

Monday, May 20, 2013

Lantikan Low, Bukti Kesungguhan PM Banteras Rasuah




Barisan kabinet telah diumumkan Rabu lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Namun, ianya masih tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Ramai yang mempersoalkan setiap pelantikan yang diberikan kepada mereka yang telah diberi mandat oleh PM dengan pelbagai alasan dan isu yang dikaitkan.

Tidak terlepas dari palitan yang sama, Datuk Paul Low Seng Kuan yang telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri memegang portfolio rasuah. Mereka di luar sana mempertikaikan kredibiliti Paul untuk memegang tanggungjawab itu dalam konteks memperjuangkan rasuah.

Sedangkan mengikut rational, perlantikan Paul menunjukkan kesungguhan kerajaan di bawah PM Najib memerangi rasuah di mana ianya dilihat dapat meningkatkan integriti dan tadbir urus yang baik. Masih belum ada negara di dalam dunia mengambil NGO terutama dari Transparency International (TI) sebagai Ahli kabinet.


Penganalisis sosial dan politik Dr Chandra Muzaffar berkata, pelantikan itu diharap dapat menjayakan misi membentuk kerajaan yang bersih, telus, berintegriti dan bebas daripada amalan rasuah.

"Ia menunjukkan langkah awal Perdana Menteri ke arah (menjayakan) objektif itu, namun ia perlu disertai dengan langkah-langkah lanjut selepas ini," katanya mengulas mengenai barisan Kabinet Persekutuan.

Sentimen Dr Chandra itu turut dikongsi anggota panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Datuk Seri Azman Ujang yang berpendapat pelantikan Low menunjukkan kesungguhan Najib untuk menangani rasuah dalam pentadbiran kerajaan.

"Low sendiri telah memperjuang tadbir urus yang baik, integriti dan ketelusan dalam kerajaan. Kini beliau menganggotai Kabinet dan boleh memastikan kerajaan mengotakan janjinya untuk memerangi gejala rasuah," katanya.

Azman berkata, Low boleh membantu Kabinet memastikan keputusannya sentiasa terbuka dan bersih berkaitan pemberian projek.

Berbekalkan pengalamannya yang luas dalam TI Malaysia, Low juga mampu membawa idea baharu berkaitan tadbir urus baik seperti dituntut pengundi pada Pilihan Raya Umum baru-baru ini, katanya.

Sesetengah negara seperti Singapura dan Brunei langsung tidak mempunyai TI yang bergerak atas kapasiti NGO yang berpangkalan di sana sebagai sebuah badan bertaraf antara bangsa. Situasi ini dilihat kritikal dan radikal dalam pendekatan meningkatkan ketelusan dalam menjalankan urusan pentadbiran negara.

Low yang dilantik sebagai menteri NKRA rasuah, menerima kecaman hebat dari kaum Cina khususnya dari parti ‘ultra kiasu’ DAP dan secara tidak langsung menunjukkan kebiadaban mereka yang tidak menghormati keputusan kepimpinan negara. Mereka sewajarnya menyokong usaha PM dalam membanteras rasuah dengan meletakkan seseorang yang dinilai potensinya.

Rakyat perlu beri memberi ruang kepada Low untuk membuktikan kemampuannya dalam memegang tanggungjawab ini dan bukannya berterusan mengkritik dan merendahkan kemampuan seseorang itu. Sikap merendah-rendahkan seseorang ini dilihat semakin menular di kalangan masyarakat terutamanya dari kalangan pakatan pembangkang.

Mereka kerap mencari salah dan kekurangan seseorang itu untuk membunuh keyakinan dan karier orang yang disasarkan. Namun, apa jua yang diucapkan, menteri-menteri yang telah dilantik haruslah melaksanakan mandat yang telah diberikan dengan sebaiknya.

Ini semua hanyalah perang psikologi yang dimainkan pembangkang bagi menjatuhkan semangat dan menambahkan lagi keraguan rakyat kepada kerajaan. Sebagai sebuah gagasan yang kuat, sikap bersatu padu dan keyakinan yang tinggi  diperlukan bagi memastikan setiap rancangan yang telah dirangka dapat berjalan dengan lancar.

Selamat bertugas demi negara.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...