Pages

Friday, May 24, 2013

'Ikhlas' dan 'Seronok' Dalam Pekerjaan, Rahsia 'Orang Lama' Capai Kejayaan



3 Jun ini bakal menyaksikan genap tiga tahun Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar mengepalai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Dan sepanjang tempoh tersebut, sukar untuk kita menafikan sumbangan suruhanjaya ini di dalam memacu kemajuan sistem pengangkutan awam di negara ini.

Melainkan kita buat-buat rabun atau buta tuli dan gelap hati, pastinya pelbagai inisiatif yang dilaksanakan SPAD ini dapat kita lihat dengan mata kepala kita sendiri yang mana berdasarkan pemerhatian Ketam, sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi.

Ini pastinya satu perkembangan yang positif buat negara kita terutamanya di dalam mencapai status sebuah negara maju. Dan lebih memberangsangkan lagi ialah apabila memikirkan usia suruhanjaya ini yang hakikatnya masih 'hijau' jika dibandingkan dengan apa yang telah dicapainya setakat ini.

Untuk rekod, SPAD ditubuhkan pada tahun 2010 di mana Tan Sri Syed Hamid adalah Pengerusinya yang pertama selain diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Melihatkan kepada pencapaiannya setakat ini, justeru tidak hairan mengapa puak pembangkang begitu 'beristiqamah' sekali menyerang suruhanjaya ini dari pelbagai sudut. Tidak pernah satu pun inisiatif yang diperkenalkan SPAD setakat ini yang direstui mereka. Pasti ada sahaja yang tidak kena di mata mereka yang kononnya sempurna itu.

Dan hal itu diakui Tan Sri Syed Hamid sendiri sebagai salah satu cabaran yang perlu dihadapinya di dalam mengemudi suruhanjaya tersebut. Melihat daripada sudut ini, maka tidak hairanlah mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menaruh kepercayaan terhadapnya untuk menerajui SPAD.

Rasionalnya, individu yang layak untuk mengepalai transformasi bidang pengangkutan awam ini haruslah seorang yang berwibawa selain mempunyai pengalaman yang luas serta tidak gentar berhadapan serangan daripada puak tidak tahu bersyukur dengan kenikmatan yang dikurniakan.

Manifestasinya adalah apa yang dapat kita lihat pada hari ini. SPAD di bawah kepimpinan Tan Sri Syed Hamid yang dibantu sebuah pasukan yang berdedikasi dan komited telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif-inisiatif yang bermanfaat kepada semua pihak. Bukan setakat pengusaha pengangkutan awam itu sahaja menerima faedah, tetapi pengguna perkhidmatan turut menerima manfaat dasar yang diperkenalkan SPAD.

Maka terbukti Datuk Seri Najib telah membuat pilihan yang tetap dengan melantik Tan Sri Syed Hamid sebagai Pengerusi SPAD. Pengalaman beliau dalam pelbagai bidang banyak membantunya menepis segala halangan yang perlu dilaluinya sepanjang tempoh tiga tahun ini.

Berkesempatan untuk bertemu bekas Menteri Dalam Negeri itu baru-baru ini, Syed Hamid memberitahu yang Perdana Menteri sewaktu ingin menyerahkan tanggungjawab tersebut kepadanya telah memberikan amaran bahawa jawatan itu mencabar dan berprofil tinggi.

Sambung





No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...