Tuesday, May 28, 2013
ANWAR KINI HILANG ARAH, KECEWA
Anwar Ibrahim kini seorang yang penat, letih dan kecewa.
Sepanjang tempoh berkempen pilihan raya Anwar cukup yakin impian pembangkang menawan Putrajaya akan tercapai tetapi apakan daya takdir tidak menyebelahinya.
Setelah mengadakan siri jelajah seluruh negara sejak 8 Mei lalu kerana tidak dapat menerima kekalahan pembangkang di tangan Barisan Nasional, beliau masih juga gagal menumbangkan kerajaan yang sah dipilih rakyat.
Walau puluhan ribu penyokongnya hadir pada setiap perhimpunan yang diadakan, namun hakikatnya mereka tidak dapat mengubah kenyataan bahawa majoriti rakyat menolak Anwar dan masih mahukan BN memerintah negara.
Kehendak rakyat dan takdir Ilahi nampaknya tidak mahu Anwar memimpin tanah Islam yang bernama Malaysia.
Kini kebenaran telah timbul apabila media mendedahkan terdapat persefahaman 'gentleman' antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Anwar April iaitu beberapa minggu sebelum parlimen dibubarkan.
Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 secara baik dan menjanjikan peralihan kuasa secara aman dan tenteram sekiranya berlaku perubahasn dalam kerajaan.
Malah perkara ini telah ditegaskan di dalam ucapan Perdana Menteri semasa siaran langsung televisyen ke seluruh negara ketika mengumumkan pembubaran parlimen pada 3 Mei lalu.
Malangna apabila kalah sahaja pakatan pembangkang, Anwar dengan pantas sekali melanggar perjanjian secara lisan tersebut antara pengerusi BN dan beliau sendiri.
Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Wall Street Journal yang dilihat sebagai sekutu media Barat yang kuat kepada Anwar.
WSJ menganggap Anwar sebagai seorang yang tidak 'gentleman' kerana gagal mematuhi syarat-syarat perdamaian yang dipersetujui bersama.
Integriti adalah satu nilai yang amat penting ang diperlukan oleh seseorang jika mahu menjadi pemimpin yang berwibawa dan diyakini rakyat.
Rakyat tertanya-tanya apa telah terjadi dengan janji Anwar beliau akan mengundur diri daripada politik sekiranya pembangkang kalah atau adakah ini satu lagi pembohongan yang sudah menjadi 'trademark' politiknya.
Datuk Seri Najib secara berani dan terang menyatakan kesediaan beliau untuk menerima kekalahan sekiranya BN kecundang pada PRU lalu tetapi Anwar menampakkan dirinya sebagai seorang pemimpin politik yang tidak boleh dipegang kata-katanya apatah lagi janji yang dibuat.
Malah akhbar itu menyatakan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla telah menalipon Anwar secara peribadi sehari selepas pilihan raya untuk mengingatkan beliau tentang perjanjian yang dibuat dengan Perdana Menteri.
Sebagai seorang sahabat, Jusuf menasihati Anwar supaya menerima kenyataan dan melihat kepada realiti dengan hati yang terbuka.
Sungguh malang nasihat yang berguna daripada seorang negarawan seperti Jusuf diketepikan begitu sahaja dan Anwar memilih untuk mengengkari akur janji yang dibuat hanya beberapa minggu sebelumnya.
Pendedahan yang dibuat oleh WSJ sudah cukup mencerminkan kepada rakyat jenis pemimpin mana satu Anwar tergolong - pemimpin yang mempunyai harga diri dan integriti atau pemimpin yang suka menabur janji dan pada masa yang sama mengkhianati janji-janji yang dibuat?
Kepada penyokong pembangkang mereka mungkin buta untuk melihat bagaimana Anwar telah memanipulasi kepercayaan yang diberi untuk keuntungan dirinya sendiri.
Tetapi kepada masyarakat antarabangsa dunia seluruhnya, karektor Abnwar sebagai seorang yang suka berbohong, pengkhianat dan takut menerima kekalahan tidak dapat diselindungi lagi apatah lagi yang mendedahkan itu adalah salah satu akhbar yang paling berpengaruh di dunia.
Bak kata pepatah Inggeris, 'what is the worth of a person, if not his worth?' atau apakah nilai seseorang jika tidak kepada janjinya?
Anwar bukan sahaja telah mengecewakan penyokong pembangkang terutamanya Dap kerana gagal menawan Putrajaya sebagaimana yang kerap dijanjikan dalam ceramah dan ucapan beliau, tetapi juga dilabel sebagai seorang yang membuat pelbagai alasan dan helah untuk menyelamatkan dirinya.
Perhimpunan haram yang diadakan untuk membantah keputusan PRU13 dan mendesak supaya pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk meletak jawatan tidak akan memberi apa-apa kesan hatta disokong oleh 500,000 atau satu juta sukarelawan sekalipun.
Ini kerana negara ini mempunyai undang-undang dan peraturan yang wajib dipatuhi.
Pembangkang perlu mengotakan janji untuk menghormati konsep 'rule of law' atau negara daulat yang sering kali diwar-warkan oleh pemimpin mereka.
Jika mereka fikir, pembangkang adalah golongan yang mengatasi undang-undang dan segala tindak tanduk mereka yang melanggari undang-undang tidak diambil tindakan, mereka silap besar sebenarnya.
Rakyat yang cintakan keamanan sudah cukup muak dengan sikap angkuh pemimpin pembangkang yang hanya mengatakan mereka sahaja di pihak yang benar serta tidak memperdulikan pandangan orang lain.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment