Pages

Monday, August 22, 2011

Gereja dan Night Club (disko)

2hb Ogos aritu kita dikejutkan dgn berita tentang 1 usaha orang Melayu hendak dimurtadkan oleh Kristian yang berlaku di Damansara. Siap ada beberapa pihak yang menentang keras berkenaan hal tersebut. Itu aku puji sangat. Bagus, sayangkan agama dari di permainkan oleh agama lain. Ok, aku ni tak pandai sangat kalu dalam bab agama ni tapi apa yang menjadi isu aku :



  1. Dimana bantuan zakat kalau betul-betul mereka adalah golongan yang LAYAK mendapat zakat.
  2. Nampak sangat institusi keagamaan mereka lebih 'alert' dan lebih agresif dalam menyampaikan dakwah kristian mereka. Ada mana-mana agensi cuba berdakwah menyebarkan Islam dikalangan orang bukan Islam? Ni yang aku perasan. Paling kuat (banyak) berdakwah pun sesama muslim. Tiada usaha untuk mendekati mereka yang bukan Islam.
  3. Masuk disko minum arak joget sampai pagi tu tak kafir ke? Tak murtad ke? Kenapa takde orang berarak bawak sepanduk suruh tutup disko-disko dan kelab malam yang ada kat Malaysia ni? Berapa ramai Muslim yang masuk disko teguk arak dari masuk gereja? Boleh siapa bagitahu? Tak sama ke kalau masuk gereja dengan masuk tempat-tempat maksiat macam tu? Aku rasa lagi teruk kot.Tak kan nak pakai alasan tempat macam tu menyumbangkan pendapatan kasar kpd negara? Bukan ni negara ISLAM ke? Mana pergi Ketua Agama Islam? Tu belum masuk lagi kedai nombor ekor, pusat pelacuran dan perjudian? Takde ssiapa yang nak perjuangkankan ke?


nota kecik : tolong betulkan aku kalau terdapat kesalahan dengan artikel di atas. Pendapat ikhlas oleh yang sayangkan agama dan negaranya.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...