Semalam sesi penamaan calon telah berlangsung tanpa ada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Hanya ada berlaku beberapa provokasi yang cuba dicetuskan oleh beberapa orang penyokong kedua-dua calon. Pujian sebenarnya harus diberikan kepada pihak berkuasa kerana telah berjaya mengawal keadaan dengan professional sekali.
Sebaik selesai sesi penamaan calon tersebut maka secara rasminya kedua-dua calon boleh berkempen memancing sokongan para pengundi.
Beberapa hari di sini ada beberapa perkara telah menarik perhatian aku. Tapi buat masa ni aku ingin mengulas tentang satu isu yang bagi aku agak tidak adil dan boleh dikategorikan sebagai satu perkara yang tidak adil.
Isu yang aku maksudkan di sini adalah tentang BEGITU BANYAKNYA PROGRAM JABATAN DAN KEMENTERIAN KERAJAAN yang berlangsung di sini. Pelik juga bila memikirkan perkara ini. Masakan tidak, hampir setiap hari pasti akan ada sekurangkurangnya satu majlis kementerian kerajaan akan berlangsung di sini.
Persoalannya mula berlegar-legar di fikiran aku. Banyak yang aku fikirkan tentang perkara ini. Antaranya adalah kenapa sejak tersebarnya berita aka nada pilihanraya kecil di sini maka banyak pula aktiviti kementerian dilakukan di sini?
Apa yang dapat aku simpulkan di sini adalah BETAPA PALSUNYA MEREKA ini!!! Hanya apabila ada pilihanraya barulah penduduk-penduduk di sini diberi perhatian. Bukan sekadar perhatian, malah terlebih diperhati. Aku terfikir alangkah bagusnya jika perkara itu (majlis-majlis) telah memang menjadi amalan kementerian-kementerian sepanjang masa dan bukan sekadar ketika pilihanraya. Makanya tidaklah amalan bergosip, mengumpat, hisap rokok beramai-ramai di tangga menjadi amalan staf kementerian lagi.
Aku juga dapat menjangkakan bahawa destinasi kementerian-kementerian ini selepas ini pastinya merlimau Melaka. Makanya, orang-orang merlimau sudah boleh fikir ye apa yang ingin anda demand. Kerana masa jabatan kerajaan menjadi SUPER EFISEN di tempat anda sudah tiba….sekian

No comments :
Post a Comment