Pages

Tuesday, January 25, 2011

Mereka yang telah "Pergi" - Part 2



Sambil mengikuti drama hebat yang sedang berlangsung dalam PRK Tenang, teringat pulak aku dengan satu posting encikketam beberapa bulan dahulu yang menyenaraikan MEREKA YANG TELAH PERGI meninggalkan Anwar dan sekarang semuanya telah menjadi musuh-musuh beliau.

Yang peliknya, takde pulak aku dengar kajadian aneh seperti ini berlaku terhadap pemimpin-pemimpin lain. Tun Mahathir tak ramai yang tinggalkan dan mengutuk beliau (kecuali Anwar r). Hadi Awang pun takde kita dengar pemimpin-pemimpin PAS buat cam tu. Nik Aziz pun takde. Lim Kit Siang lagi r. Ramai lagi pemimpin-pemimpin sebelum ni pun takde jadi fenomena dimana kawan-kawan rapat, orang-orang kuat, tinggalkan mereka dan kemudian mencaci-maki mereka. Aneh…….


Yang terbaru aku aku dapat hari ni bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ng Lum Yong telah keluar parti dan menyertai MCA tengahari tadi. Beliau yang juga antara pengasas PKR yang memegang keahlian 00012 berkata “PKR sekarang tiada agenda perjuangan melainkan untuk perjuangan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu ketagih untuk menjadi Perdana Menteri”.

Cuma Anwar Ibrahim sahaja yang mengalami fenomena sedemikian. Kenapa?

Ramai yang tinggalkan dia dituduh ambil rasuah BN atau gila kuasa. Tapi ramai antara mereka sebelum join dengan Anwar pun memang dah kaya dan punyai kedudukan tinggi dalam masyarakat. Jadi apa sebab sebenarnya?

Persoalannya sekarang…

Jika mereka yang di atas, yang pernah menjadi orang kuat dan panglima terkanan Anwar Ibrahim sudah meninggalkan parti PKR dan Pakatan Rakyat atau hilang keyakinan dan bencikan Anwar, mengapa masih ada orang yang aku rasa tidak pernah mengenali Anwar secara dekat, yang hanya pernah melihat Anwar dari jauh ketika ceramah atau hanya dalam televisyen, atau mungkin pernah berjabat tangan hanya sekali dua dengan beliau, masih mahu menyokong Anwar?

Korang semua pemimpin atau ahli-ahli politik bahagian PKR?
Korang  pernah makan tengahari dengan Anwar?
Korang pernah berkaraoke bersama beliau?
Korang kenal ker Anwar ni secara dekat?
Korang selalu ker bergayut dengan Anwar?
Korang begitu rapat dengan Anwar dan selalu melepak di banglo mewah Anwar?

Tidak pernah kan?

Jadi mengapa masih lagi ada yang masih ingin menyokong Anwar sedangkan mereka-mereka yang begitu rapat sekali dengan Anwar sudah pergi atas dasar hilang kepercayaan?

Lu pikir r sendiri…

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...