Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk meminda Undang -undang Tubuh Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan kepada Sultan dan Menteri Besar akan dalam masa 2 minggu.
Menurut Menteri Besar Selangor itu, pindaan perlembagaan rang undang-undang itu menyentuh bidang kuasa bagi melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.
“Kami cadang untuk panggil sidang DUN dalam masa terdekat sebelum minggu keempat maka selama tiga minggu ini kami akan buat persediaan mengenai pindaan rang undang-undang tersebut.
“Kita ingin memperbetulkan konsep, ada beberapa kuasa dalam pelantikan jawatan tertinggi di negeri Selangor,” katanya.

No comments :
Post a Comment