Saturday, January 22, 2011
antara TENANG, kecoh di INTERLOK dan spekulasi di PLKN
Sebelum mengulas dengan lebih lanjut, sekalung tahniah buat Pasukan Keselamatan Angkatan Tentera Laut (TLDM) menerusi kejayaan Ops Fajar yang dilaksanakan oleh sepasukan unit PASKAL. Itu bukti Malaysia mampu melakukan apa sahaja.
Antara ketenangan di DUN TENANG, sudah pasti polemik politik akan terus berkumandang seperti yang dibawakan khas oleh TEAM ENCIKKETAM di lokasi berkenaan. Yang pasti, pilihanraya kecil silih berganti penggal ini.
Terbaru, di DUN MERLIMAU. Namun, itu semua bukan topik yang patut dibincangkan. Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan akan mengadakan Pilihanraya Umum (PRU13) serentak dengan pilhanraya negeri Sarawak. Mungkinkah itu indikasi Barisan Nasional sudah amat bersedia untuk menggempur semula barisan pertahanan pembangkang yang dikatakan kian goyah.
Berbaki 35 bulan lagi, PRU13 pasti akan datang. Polemik politik akan diteruskan dengan gempuran media massa yang bakan menjadi senjata pihak tertentu.
Belum lagi reda isu yang mungkin akan melanda DUN TENANG, isu INTERLOK timbul dengan beberapa provokasi yang segelintir pihak beranggapan bahawa itu semua mainan politik individu atau pihak tertentu. Mengapa pula perlu di hangatkan dengan sebuah novel Interlok yang berlatarkan sejarah.
Dan lagi, spekulasi di Kem PLKN di Pulau Pinang berhubung isu seorang pelatih Sikh yang mendakwa rambutnya dipotong oleh pelatih lain ketika tidur. Sebetulnya, seseorang yang mengamalkan agama ini memang dilarang memotong rambut sejak dari kecil.
Ketiga-tiga isu diatas saling silih berganti. Namun, laungannya oleh individu yang cuba mempolitikkan isu itu tetap dimanipulasikan.
Kita tunggu manifesto yang akan dikeluarkan oleh parti bertanding di TENANG. Saksikan lebih drama di Interlok dan penyelesaian pelatih Sikh terbabit.
-UNTUK BY-ELECTION TENANG-TERUS BERSAMA UPDATE TERKINI TEAM ENCIKKETAM. MEMBAWA KEBENARAN YANG NYATA-
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment