Pages

Wednesday, December 15, 2010

“UTUSAN MALAYSIA TIDAK PATRIOTIK - ANTI-NASIONAL”


Laporan Utusan Malaysia baru-baru ini berkenaan pendedahan WikiLeaks benar-benar amat mendukacitakan. Hebahan besar-besaran oleh Utusan ini secara tidak langsung telah memalukan negara dan mendedahkan kelemahan negara di serata dunia.

Sebagai media, Utusan harus bersama memainkan peranan menjaga martabat dan memelihara maruah negara apabila kabel perisikan WikiLeaks turut mengaitkan PM Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Sharibuuu, dan turut memandang rendah kepada kerajaan UmNO-Barisan ANTI-Nasional sebagai tidak

Saya pelik, mengapa tidak ada seorang pun pemimpin UmNO-Barisan ANTI-Nasional yang mengeluarkan kenyataan sama ada mahu mempertahankan maruah negara atau menyangkal dakwaan ini sedangkan selama ini mereka bersungguh-sungguh mengakui kononnya merekalah juara rakyat.

Maka, saya mencabar pemimpin UmNO-Barisan ANTI-Nasional dan Presiden Perkasa Ibrahim Ali yang jelas telah bersikap anti-nasional dalam kenyataan mereka baru-baru ini agar bersama saya bersetuju bahawa Utusan sebenarnya tidak patriotik dan juga media yang anti nasional.

Tindakan Utusan ini juga jelas telah mencabuli etika dan melanggar kontrak janji kewartawanan apabila sentiasa bersikap fitnah dan berat sebelah di dalam laporannya dan membuktikan bahawa Utusan sebenarnya hanya berfungsi sebagai aparat (apparatus) kepada pemerintahan UmNO-Barisan ANTI Nasional semata-mata.

YB ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
AHLI PARLIMEN AMPANG
MERANGKAP KETUA WANITA KEADILAN

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...