Pages

Saturday, December 25, 2010

Tiket: Jangan jual maruah negara


KUALA LUMPUR – Ibarat menjual maruah negara, itu kecaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada mereka yang mendagangkan tiket kepada penyokong lawan bagi menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF, Malaysia menentang Indonesia, esok.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menyifatkan rakyat tempatan yang cuba meraih keuntungan dengan menjual tiket kepada penyokong Indonesia adalah tidak bermoral malah tidak sepatutnya terjadi.

“Kita sedar dengan isu ini yang saya anggap seperti isu subsidi yang mana kita tidak boleh elak daripada mereka yang mahu mengambil kesempatan untuk membuat duit.

“Saya harap rakyat Malaysia benar-benar jujur dan jika perbuatan sebegitu dilakukan seolah-olah seperti menjual maruah negara sendiri,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM selepas turut sama dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meninjau latihan skuad kebangsaan, semalam.

Isu penjualan tiket kepada warga Indonesia mula kedengaran sejak kaunter tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil mula dibuka sejak kelmarin.

Terdapat dakwaan, ada antara pembeli tempatan sengaja menjual tiket kepada penyokong lawan malah pengguguran larangan tidak menunjukkan kad pengenalan ketika membeli tiket juga, dijadikan kelebihan buat warga asing untuk turut sama membeli kerusi yang disediakan untuk penyokong Malaysia.

Itu menimbulkan keresahan ramai pihak yang masih belum berkesempatan mendapatkan tiket dan bimbang stadium yang menyediakan 70,000 tempat untuk penyokong negara dipenuhi penyokong lawan.

Utusan Malaysia Online-25/12/2010

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ni lagi pakrak:

-ada subsidi minyak pi jual kat orang Thailand
-ada air bersih pi jual kat Singapore
-ada pasir pi curi..
-ada projek pi sub kat orang lain,last-last bumbung runtuh,syiling bocor..
-ada dara pi bagi kat jantan..opss!

Ni memang STAIL orang kita.Murah hati tak bertempat..Malaysia Truly Asia..kalau aku kategori kan mereka ni BANGANG amacam?


p/s : came on la bro..tak saspek langsung

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...