Tuesday, December 14, 2010
Siapa Sultan Kelantan Sebenar
Berikut adalah beberapa petikan dari surat diatas yang amat menarik untuk kita fikirkan...
"Beta adalah Sultan dan Pemerintah Yang Berdaulat bagi Negeri Kelantan Darul Naim. Ini adalah Hak Beta menurut Perlembagaan dan perjanjian perjanjian yang di capai antara Kerajaan British di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ( Federation Of Malay Agreement) 1948 dan di bawah perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Semua Perjanjian ini telah di meterai antara Raja yang memerintah negeri Kelantan dahulu dan Raja Raja yang memerintah negeri negeri Persekutuan Tanah Melayu yang dahulu dan sekarang Persekutuan Malaysia, ialah bahawa Kedudukan Beta sebagai Sultan aalah Hak Peribadi Beta untuk menjadi Pemerintah dan Raja Berdaulat hingga Akhir Hayat Beta."
" Kedudukan Beta sebagai Sultan dan Raja Pemerintah yang berdaulat di lindungi oleh Perlembagaan Negeri Kelantan Darul Naim dan Perlembagaan Persekutuan; maka tiada mahkamah mana pun yang boleh menidak dan mempersoalkan Beta ini"
"TIADA MAHKAMAH MANA PUN YANG BOLEH MENIDAK DAN MEMPERSOALKAN BETA INI."
SIAPAKAH SULTAN KELANTAN YANG SEBENARNYA?????
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment