Thursday, December 9, 2010
PKR yang Berdemo
Sebilangan pemimpin dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak berhimpun mengadakan satu demonstrasi 'mini' dengan tema "Protes Kenaikan Harga Barangan" yang berlangsung di hadapan pejabat parti itu, kira-kira jam 1 tengahari tadi.
Antara yang dilaungkan termasuklah Harga Naik Rakyat Susah, Tolak BN Sebelum Padah dan BN = Barang Naik dilaungkan diikuti bunyi hon kenderaan.
Beberapa pemimpin PKR Perak termasuk Naib Pengerusinya, Chan Lih Kang, Setiausaha, Anuar Zakaria, Ketua Wanita, Fathmawathy Salim dan beberapa lagi pemimpin.
Lih Kang ketika ditemui berkata perhimpunan yang diadakan bertujuan untuk menyatakan suara hati rakyat mengenai kenaikan harga barang dan ketidakpuasan hati atas kenaikan terutamanya kenaikan minyak RON95.
“Kami sangat terkejut kerana kenaikan ini berlaku sebanyak dua kali dalam masa setahun dan ia benar-benar membebankan rakyat,” katanya.
“Sehubungan itu, kami akan mengadakan perhimpunan seperti ini dari semasa ke semasa supaya pihak yang berkenaan sedar akan perkara berkenaan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Lih Kang meminta supaya projek gajah putih yang dijalankan perlu dihentikan segera kerana ia tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat.
“Jika projek itu dihentikan wang berkenaan boleh digunakan sebagai subsidi dan ia menguntungkan semua pihak,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment