Pages

Saturday, December 4, 2010

Demo:Suara atau Bom Jangka


Sejak krisis politik yang melanda Malaysia membabitkan dua orang tokoh politik negara yang sinonim dengan jolokan bapa anak iaitu Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar menggegar negara, rakyat sudah sinonim dengan satu perkataan iaitu DEMONSTRASI.

Mungkin sebelum berlakunya krisis politik di negara, ramai diantara kita yang agak asing dengan perkataan itu. Kali terakhir demonstrasi skala besar pernah dilakukan di negara adalah ketika tragedi berdarah 13 Mei 1969 selepas itu diikuti oleh krisis politik dengan perarakan penyokong kuat Datuk Seri Anwar.

Demonstrasi ini bukan sahaja popular di negara malah ianya boleh dianggap senjata atau satu wadah perjuangan di serata dunia. Namun, di kebanyakkan negara mereka berdemonstrasi tertumpu kepada krisis ekonomi atau apa-apa isu besar besar lain.

Jika di sorot kembali kejadian di Malaysia, demonstrasi sering dilakukan walaupun membabitkan satu isu 'ayam' yang boleh diselesaikan di meja rundingan ataupun saluran lain. Rasionalnya, apakah demonstrasi ini sudah menjadi budaya. Adakah ia budaya atau sekadar permainan atau lebih teruk lagi satu bom jangka yang akan meletup bila sampai ketikanya.

Jika kita putar kembali, demonstrasi perhimpunan BERSIH yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur tidak lama dulu bukan sahaja mendapat liputan meluas dari media asing, malah mereka turut melabelkan 'This Democracy, Malaysia Style- Hamish Macdonald - AlJazeera journalist.

Apakah dengan budaya ini, negara akan tersanjung dengan pelbagai label yang akan diletakkan dibawah jenama sama ada negara barat atau sebaliknya. Tidak salah untuk berdemonstrasi tapi lebih sesuai jika kita fikirkan mengikut lunas orang cerdik pandai bukan menjadi boneka kepada mana-mana individu berkepentingan.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...