Pages

Friday, November 19, 2010

PRU: Janjikan Kejutan


UMNO DAN PERUBAHAN

Selepas dikejutkan dengan 'kekalahan' pada Pilihan Raya Umum-12 (PRU12), parti yang menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional jelas terhantuk dan terjaga dari tidur lena yang panjang. Masih kita ingat pelbagai pihak menuding jari mantan PM kita masa itu.

Namun, menurut beberapa analisis yang sudah dijalankan, 'kemenangan' Pakatan Rakyat (PKR, PAS, DAP, dll) bukan disebabkan oleh kredibiliti yang dimiliki oleh parti itu, tetapi rakyat jelik dan mual dengan cara politik parti pemerintah itu. Akibatnya, rakyat bertindak untuk memalingkan undi kepada lawan.

Bangun semula daripada tidur, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan perubahan yang agak drastik dengan memperkenalkan beberapa pendekatan yang dilihat memberi impak kepada masyarakat umum kini.

Ungkapan 'Berubah atau Diubah' dan 'Berubah tau Rebah' sering dilaungkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada akar umbi akar supaya giat berusaha menawan kembali hati rakyat yang sudah terluka. Kajian yang dilakukan oleh beberapa ahli akademik -setakat penggal pertama 2010- menunjukkan 35.9% bersetuju bahawa UMNO sudah berubah menjadi sebuah parti yang lebih baik berbanding sebelumnya. (Opinion Online Survey)

ADAKAH PAKATAN RAKYAT (PR) MEMENUHI KRITERIA KEINGINAN PENGUNDI

Sudah diketahui umum PR 'terlalu' banyak menaburkan janji dan harapan termasuk mengemukakan manifesto perubahan untuk rakyat. Ramai beranggapan kemenangan mereka berdasarkan kemampuan mereka untuk menjual manifesto dan kejelikan pengundi terhadap parti pemerintah.

Namun, setelah kemenangan lima buah negeri (Perak kembali kepada BN menjadikan empat negeri), sebilangan rakyat mula memualkan janji yang pernah ditabur. Sebanyak 48.1% responden tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa PR memenuhi kehendak rakyat.

JANGKAAN KEMENANGAN PADA PRU AKAN DATANG

Sudah pasti ramai yang sependapat bahawa parti komponen Barisan Nasional akan kekal mentadbir Kerajaan Persekutuan tetapi masih ada kira-kira 33% responden berpendapat PR akan menang dalam PRU akan datang.

Jika dilihat kepada keseluruhan 'gambar' ini, PKR terutamanya dalam keadaan genting dengan masalah dalaman parti itu yang semakin memuncak. Harus diingat bahawa simbol masalah dalam PKR tidak bermakna jentera BN perlu bersenang lenang kerana banyak lagi yang harus diperkuatkan.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...