Pages

Saturday, November 27, 2010

kongres PKR kecoh!!!!







Hampir 50 ahli PKR mengadakan protes di luar dewan sivik mppj pagi tadi di mana kongres nasional PKR berlangsung untuk menyatakan kekecewaan mereka terhadap pimpinan PKR yang terus-menerus mempertahankan salahlaku jawatankuasa pilihan raya (JPP dan secretariat ibu pejabat parti dalam mengendalikan pemilihan PKR baru2 ini.

Diketuai oleh KS kottapan, kumpulan yang mengadakan protes itu memegang banner bertulis “Reformasi dan Keadilan tersangkut kerana Kronisme”, “There’s something about Azmin Ali, dictator, cronyism, greedy”, “Keadilan untuk ahli?”, “General Anwar please resign, we don’t need a dictator in our party,” dan “Kami tuntut pemilihan PKR dibuat semula”.

Seketika kemudian kumpulan yang membuat protes ini telah diprovokasi oleh satu kumpulan yang memakai baju berlambang PKR dan tertulis squad di belakangnya. Kumpulan itu datang menghalau mereka menggunakan kata2 kesat dan beberapa orang dari mereka bertindak merampas banner yang dipegang.

Tidak cukup dengan itu, sekumpulan media yang membuat liputan turut dikasari oleh mereka. Beberapa orang wartawan dan jurugambar ditolak dan dikasari. Mereka meminta semula kad media yang diberikan sempena kongres nasional itu. Tidak mahu mengeruhkan lagi suasana, kumpulan pemprotes mula bersurai.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...