Pages

Thursday, November 25, 2010

CINTA TERHALANG


Hari ini aku datang awal ke mahkamah sebab semalam aku tak dapat masuk kerana ada kerja (nak hidup). Selepas mengambil pass aku pun turun ke kafeteria yang terletak di aras bawah sekali untuk breakfast.

Sedang aku menikmati nasi dagang aku tertarik dengan tajuk depan Metro hari ini "Cinta Terhalang". Lalu aku terus membelinya (setelah sekian lama tidak membeli paper). Seorang remaja telah menetak kepala dan badan bapa kekasihnya (bapa mertua yang xjadi) kerana menghalang cinta mereka.

Hanya kerana hubungan yang terhalang seorang lelaki sangup bertindak sedemikian rupa sehingga menyebabkan kecederaan parah dan boleh membawa maut. Persoalanya sekarang adakah perlu seseorang itu bertindak sedemikian rupa hanya kerana hubungan yang tidak direstui? Mengapa masih ada segelintir ibu bapa yang menentukan jodoh anak dan menolak pilihan anak itu sendiri?

Seseorang itu perlu bersikap lebih rasional. Jangan di ikutkan hati. Berfikir dahulu baik buruk setiap perbuatan. Jangan melakukan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah dan mudarat kepada orang lain. Berbincanglah dengan keluarga penyelesaian yang terbaik. Sekiranya keluarga tidak mahu berbincang atau berjumpa. Lupakan sahaja. Mengapa hendak diteruskan sekiranya tidak mendapat restu ibu bapa? Bahagiakahkah rumah tangga itu sekiranya tidak mendapat keredhaan dari ibu bapa?

Bagi ibu bapa pula, berilah ruang kepada mereka untuk memberi penjelasan. Berjumpa dan berbincang penyelesaian yang terbaik untuk semua. Janganlah disebabkan ego kebahagiaan anak musnah. Siasat dahulu latar belakang pasangan anak. Carilah kebenaran sebelum menjatuhkan hukuman. Sekiranya tidak suka dengan pilihan anak, tolak dengan baik. Janganlah melemparkan tohmahan yang amat menyakitkan hati. Sebaiknya rujuklah pada kaunselor untuk meminta nasihat dan pandangan.

1 comment :

animaster said...

saya suke dengan atikel en ketam yg ni...artikel lain pun menarik jugak...harap en ketam dapat update entry yg bgus utk dikongsi bersama....slamat maju jaya kepada en ketam...sebagai pembaca blog..sye melihat blog ini bnyk memberi input bernas..tapi sye rase lebih bgus jika blog ini juga mnyediakan raungan untuk segmen auto...pasti sgt menarik....sekian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...