Apa itu 1Malaysia? Aku selalu dengar orang kritik dasar yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu. Tapi bila aku tanya kat orang yang dok kritik itu apa itu 1Malaysia, jawapan yang aku dapat semuanya tak konkrit. Atau dalam erti kata yang lebih mudah lagi adalah orang yang kritik 1Malaysia tu tak ada pengetahuan yang banyak pon pasal dasar tu, tapi just kritik berdasarkan apa yang orang lain kata. Kiranya macam kritik dasar 1Malaysia tu macam trend masa kinilah. Siapa tak kritik dasar tu macam ketinggalan zaman.
Mungkin ini adalah hasil negative daripada rancangan reality seperti Akademi Fantasia apabila semua orang sudah mula hebat menjadi pengkritik walaupun ilmu kat dada tu kosong. Mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lantas tanpa ada usul periksa terus menyebarkannya kepada orang lain. Ya, satu konsep sebaran maklumat yang bagus, tapi bebal. Seharusnya fakta haruslah diteliti terlebih dahulu sejauh mana kebenarannya. Bukan hanya menunjuk pandai dalam berkata-kata tapi tiada asas yang betul atau dalam erti kata lain mengarut.
Dalam era internet ini segala maklumat mudah untuk diperolehi. Tapi malangnya masih ada golongan bebal yang hanya menggunakan internet untuk melayari laman web blue atau fitnah atau hiburan untuk melancapkan akal fikiran yang kolot. Ramai yang mempunyai masa untuk pergi ke ceramah-ceramah penyangak yang hanya tahu memburukkan orang lain tapi tidak mempunyai masa untuk menyelidiki samada fakta tersebut betul atau tidak. Teruk sudah pemikiran mereka dilancap dan dibuntuti oleh penyangak tersebut.
Oleh kerana ramai sangat yang tidak mengetahui apa itu 1Malaysia, maka blog ini menyediakan definisi dasar itu terutama sekali kepada mangkuk-mangkuk yang pandai kritik, tapi kosong. Aku bukanlah nak kata aku faham sangat dasar ni. Tapi at least kalau aku nak argue yang dasar ini tak bagus, aku kena tahu jugak apa dasar ini sebenarnya. Maka tidaklah argument aku itu kosong. Harapnya posting ini dapat membantu orang-orang bengap yang selalu kritik dasar ini untuk kuatkan argument diorang bila mengkritik. Bukan sekadar kritik bodoh.
DEFINISI 1Malaysia
Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakantindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.
2.1 Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :
• Konsep 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masingmasing.
“Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia” memberi maksud bahawa rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.
• Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, tidak wajar hanya berfikir dalam skop bangsanya sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum lain, mereka perlu melakukan perkara yang sama.
• Sementara ayat “dan kita mengambil tindakantindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama di Malaysia.
• Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1Malaysia
“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.
Melalui konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.
PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA
Berpandukan definisi konsep 1Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:
• 1Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut. Konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud itu. Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malayisa diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total.
• Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1Malaysia juga menekankan soal integrasi
dan pewujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.
• Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identity kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.
• Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.
• 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
Bersambung
No comments :
Post a Comment