Pages

Saturday, September 28, 2013

Datuk Suraya Tawar Diri Tanding Naib Ketua Wanita UMNO




Berbekalkan pengalaman menjadi wakil rakyat selama tiga penggal sejak 2004, Exco Wanita Umno Malaysia, Datuk Hajah Suraya Yaacob melangkah lebih berani apabila menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno pada 12 Oktober ini.

Kerusi yang kosong ekoran pemecatan naib ketua sebelum ini, Datuk Kamilia Ibrahim membuka ruang yang luas kepada beliau untuk mengisi kekosongan tersebut.

Jika dilihat kepada prestasi setiap pilihan raya ditandingi, dapat lihat sokongan beliau bukan sahaja dalam parti sahaja tetapi sokongan rakyat juga semakin melonjak apabila beliau berjaya menambah majoriti dalam pilihan raya baru-baru ini.

Jika 2004 beliau berjaya menang dengan majoriti 4000 sebagai calon Puteri UMNO, pada tahun 2013 beliau berjaya menambah majoriti sehingga 7000 atas kapasiti Wanita UMNO.

Rekod tersebut cukup untuk melayakkan beliau bertanding Naib Ketua Wanita UMNO dan soal orang baru dalam Wanita tidak timbul.

Beliau akan ditentang Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun dalam pertandingan dua penjuru setelah Datuk Hamidah Othman menarik diri.

Dengan perkhidmatan yang baik, Ketua Wanita Umno Bahagian Pendang itu telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Kedah.

Beliau juga dilihat mampu menarik sokongan wanita moden di bandar untuk terlibat dalam politik dan menyokong UMNO.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...