Pages

Monday, September 30, 2013

SPAD Tarik Semula Semua Lesen Pengendali BAS



Tahukah anda kemalangan jalan juga memberi implikasi kepada sumber ekonomi kita???

Kajian yang dijalankan oleh W.H.O dan bank sedunia menunjukkan anggaran kos kemalangan jalanraya adalah 1.5% dariada keluaran dalam negara bersih bagi negara berpendapatan sederhana.

10 tahun lepas, kos merawat kecederaan jalan raya di Malaysia sekitar RM3 billion dan jumlah ini tidak termasuk kos sosial yang sudah pasti kosnya jauh lebih tinggi dan sukar ditentukan.


Perangkaan polis pula menunjukkan bahawa 30.7 peratus kemalangan maut disebabkan oleh pemandu memotong dengan cara yang berbahaya, 26.5 peratus kerana pemandu memandu melebihi had laju, 8.1 peratus kecuaian semasa masuk atau keluar simpang dan 6.3 peratus kerana pemandu mengekor terlalu rapat dengan kenderaan lain.

Jelas disini 67% punca kemalangan adalah disebabkan oleh sikap pemandu itu sendiri.

Jika ada memandu kenderaan persendirian yang kecil kesannya mungkin tidak besar tetapi bagaimana pula jika mereka yang membawa bas dan juga lori? sudah pasti ianya turut melibatkan puluhan nyawa yang lain.

Atas dasar itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi amaran keras kepada pengendali bas dan lori supaya mengikut had laju yang dibenarkan jika tidak mahu lesen mereka ditarik balik.

Dengan semua bas kini telah wajib memasang GPS, pastinya pergerakan mereka akan diperhatikan dengan lebih teliti dan mereka tidak akan terlepas daripada undang-undang.

Jika ada yang cuba mengelakkan daripada memasang GPS, tindakan juga boleh diambil kerana ianya telah termaktub di dalam syarat perlesenan.

Kenderaan yang dilengkapi dengan GPS itu bukan sahaja boleh di gunakan oleh pengendali tetapi SPAD juga kerana untuk memantau setiap perjalanan dari pelbagai aspek keselamatan termasuk pelanggaran had kelajuan.

SPAD tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pengendali dan pemandu bagi setiap kejadian pelanggaran had laju yang dikesan .

Selain itu, SPAD juga akan bekerjasama dengan lain – lain agensi penguatkuasa (PDRM dan JPJ) untuk mengesan dan menghukum mereka yang melanggar peraturan had laju yang melibatkan semua kategori bas dan kenderaan berat.

Dalam hal ini, SPAD tidak akan teragak – agak untuk mengambil tindakan menggantung lesen pengendali dibawah seksyen 27, 45 atau 62 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, sekiranya kesalahan pelanggaraan had laju terbukti.

Pekeliling mengenai perkara ini telah dikuatkuasakan pada 20 Ogos 2013 dan menjadikan pematuhan had kelajuan sebagai syarat wajib Lesen Pengendali.

end

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...