Pages

Monday, May 20, 2013

Tony 'lupa' keputusan mesyuarat Khamis lalu






Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad menyifatkan Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua sebagai 'lupa' dengan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Khamis lalu.

Beliau berkata hasil mesyuarat Pakatan Rakyat memutuskan dua opsyen mengenai senarai nama Exco untuk dihantar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurutnya, salah satu opsyen itu menyenaraikan lima Exco daripada calon Melayu dan lima daripada bukan Melayu.

Beliau turut menjelaskan opsyen menjadi pilihan baginda mungkin daripada enam calon Melayu dan empat calon bukan Melayu di mana Pas mendapat empat tempat di dalam Exco Selangor.

"Saya rasa Tony Pua lupa dengan keputusan yang kita buat dalam mesyuarat itu.

"Kita tidak mahu gaduh dengan perkara yang telah diputuskan oleh Sultan Selangor," katanya portal Sinar Harian Online.

Kelmarin, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Barisan Exco Selangor akan diwakili empat calon daripada Pas dan masing-masing tiga daripada PKR dan DAP.

Beliau turut memaklumkan akan mengguna pakai formula 3:3:4 (PKR: DAP: Pas) sekaligus mengesahkan cakap-cakap akan berlaku perubahan dalam agihan perwakilan dalam barisan exco berikutan penguasaan Pas serta DAP yang masing-masing dengan 15 kerusi di Dun berbanding 14 kerusi oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

Sambung


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...