Pages

Sunday, May 19, 2013

Khalid Dipertikai Lagi, Mana Kualiti Yang Disebut-sebut PKR Sebelum Ini?




4:3:3..Demikianlah seperti yang diwar-warkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai agihan jawatan yang diperuntukkan kepada PAS, PKR dan DAP di dalam barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) iaitu empat calon daripada PAS dan masing-masing tiga daripada PKR dan DAP.

Ini sekaligus mengesahkan cakap-cakap mengenai perubahan yang akan berlaku dalam agihan perwakilan barisan exco susulan penguasaan PAS dan DAP yang masing-masing dengan 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 14 kerusi oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

2008 menyaksikan PKR menang 15 kerusi DUN, DAP (13 kerusi) dan PAS (lapan kerusi) yang menyaksikan formula 4:3:3 bagi barisan exco iaitu empat daripada PKR dan masing-masing tiga daripada DAP dan PAS.

Upacara mengangkat sumpah pula menurut Khalid akan diadakan dalam tempoh dua minggu lagi. Sekali imbas, kenyataan ini seolah-olah menggambarkan kononnya segalanya berjalan dengan baik bagi Pakatan Selangor dalam soal pelantikan Exco ini selepas sebelum ini wujud pertikaian dari kalangan PKR sendiri berhubung isu calon Menteri Besar yang menyaksikan Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali, yang dikatakan bercita-cita menjawat jawatan tersebut sedikit 'meroyan'.

Namun sebaliknya tidak sampai sehari selepas pengumuman Khalid itu, timbul pula pertikaian daripada DAP yang tidak puas hati dan mendakwa mereka yang sepatutnya diberikan kuota empat jawatan Exco itu.

Menerusi Timbalan Pengerusi negerinya, Tony Pua, DAP menegaskan ia seharusnya mendapat empat kerusi exco negeri, bukan tiga sepertimana yang diumumkan oleh Khalid.

Seperti yang dilaporkan media Pua menegaskan bahawa Khalid dan Pakatan Rakyat Selangor telah bersetuju dalam mesyuarat pada Khamis bahawa DAP akan mendapat empat kerusi exco, manakala PAS akan mendapat tiga.

"Malam tadi, kita dapati senarai nama berlainan.

"Kita mahu tahu kenapa, hari Khamis tiada masalah," beliau dipetik sebagai berkata.

Menjelaskan beliau hanya mendapat tahu tentang peruntukan kerusi exco melalui mesej Twitter oleh Khalid malam tadi, Pua memberitahu yang beliau tidak menyangka Khalid akan membuat pengumuman sedemikian.

"Kami terkejut dengan Tan Sri (Khalid).

"Apa gunanya mesyuarat itu?" soal beliau.

Menurutnya lagi, pemimpin DAP Datuk Teng Chang Khim dan Teresa Kok telah cuba menghubungi Khalid untuk mendapatkan penjelasan, tetapi tidak berhasil.

Apapun, barang diingat yang pilihanraya umum masih baru sangat lagi berlangsung tapi dah macam-macam isu pertikaian timbul dalam pentadbiran Pakatan Selangor ni. Tak dapat nak dibayangkan 'darjah kesukaran' yang bakal dilalui Khalid dalam mentadbir negeri tanpa sokongan yang padu di kalangan pimpinan negeri parti-parti komponen Pakatan..

Harapnya krisis yang wujud ini tidak akan menjejaskan kedudukan negeri Selangor itu sendiri sebagai sebuah negeri yang maju di negara ini. Kalau terjadi jugak, maka bolehlah cakap dekat pengundi-pengundi yang memberikan mandat kepada mereka ini 'nasi sudah menjadi bubur'. Makanya PRU14 nanti silalah pilih pihak yang sudah terbukti keupayaan mereka mentadbir. :)



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...