Pages

Saturday, January 1, 2011

YB ko bising, Anak Muda kat KLCC ko diam jer..



Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

"Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan memakai baju ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu, yang dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia semalam.

Menurut Nik Abdul Aziz, soal anggota Parlimen itu berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan.

"Yang pasti kita kena beritahu mereka perkara-perkara yang ditegah agama ketika berada dalam masjid...kena beritahu kaedah dan pantang larang dari segi Islam sebelum seseorang itu memasuki masjid," katanya. - Mkini



kenapa bila Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan memakai baju ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, disifatkan tidak menghormati masjid?
kalau kita boleh tengok apa yang terjadi di masjid KLCC semalam..begitu ramai wanita bukan setakat memakai baju ketat, malah berpakaian menjolok mata berlegar sekitar masjid..ada yang duduk di tangga masjid lagi..tiada siapa yang mempertikaikan..mana pergi paklah Islam Hadhari?mana pergi pejuang Islam Zul Nordin..lu pikir r sendri


usaha GAMIS dalam membanteras gejala sosial remaja masa kini harus dipuji..semalam mereka menganjurkan program XTVT Dakwah di sekitar KLCC..mereka mengadakan solat hajat, forum, mengedar risalah dan qiamulail..program2 sebeginilah yang harus diteruskan dan disokong oleh semua pihak..


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...