Pages

Saturday, January 29, 2011

Gobala SAH Letak Jawatan

Setelah puas meroyan, menyalak sana-sini akhirnya tersungkur juga. N. Gobalakrishnan akhirnya dalam twitter beliau sebentar tadi telah mengumumkan perletakan semua jawatan beliau dalam PKR. Gobala telah mengikut jejak langkah orang-orang kanan Anwar yang terlebih dahulu telah pergi. Sila klik sini dan sini..


N. Gobalakrishnan merupakan antara pemimpin India yang paling femes sekali dalam PKR. Kefemesan beliau ini berpunca dari sikap beliau yang sering terkehadapan dalam protes dijalanan mahupun di parlimen.

Disebabkan kefemesan tersebut, beliau telah mencuba nasib dirinya dalam politik,beliau telah mengambil langkah berani bertarung dalam jawatan Naib Presiden PKR, dengan harapan mencuri satu kerusi untuk pemimpin India dalam jawatan tertinggi parti.Walaubagaimanapun, beliau gagal memenangi kerusi tersebut setelah mendapat undi yang sedikit berbanding Nurul Izzah,Mansor Othman,Tian Chua dan Fuziah Salleh.

Apapun,beliau dilihat masih berharap untuk menjadi Naib Presiden PKR melalui tiga lagi kuota lantikan terhadap jawatan tersebut.Pun begitu,harapannya berkecai apabila lantikan Naib Presiden PKR daripada kalangan orang India diberikan kepada N.Surendran,seorang peguam muda selain Chua Jui Meng dan Baru Bian.

Semenjak itu,beliau seolah-olah menyalak seperti orang yang mabuk kuasa apabila menyerang peribadi Anwar Ibrahim,Azmin Ali dan N.Surendran itu sendiri.Malah,beliau menggambarkan Anwar sebagai anti Hindu setelah menutup Kuil Sivan di Bukit Gasing.

Terbaru,beliau menyerang kepimpinan kerajaan Pas Kedah kerana melucutkan jawatan enam ketua kampung PKR tanpa alasan.Berita ini masih belum ada kepastian,namun ianya mungkin isunya kecil yang diperbesarkan oleh mereka yang seolah meroyan gilakan kuasa.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...