Pages

Wednesday, December 15, 2010

Zaid: KITA takkan sertai Pakatan


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan menumpukan perjuangan untuk kepentingan rakyat dan bertindak sebagai parti pelbagai kaum menurut ketuanya Datuk Zaid Ibrahim.

Menurut bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu, KITA juga tidak akan menyertai Pakatan Rakyat sebaliknya ingin berkawan dengan semua parti yang mempunyai landasan perjuangan yang sama.

“Kita parti bebas, ada ideologi dan ada dasar. Kita tidak akan sertai Pakatan Rakyat. Tapi kalau ada perkara-perkara yang kita rasa penting kita akan sokong sahaja,” kata beliau selepas mesyuarat agung tahunan Akim yang disertai sekitar 200 perwakilan.

Menurut Zaid, beliau percaya parti KITA yang masih kecil itu mampu menjadi sebuah parti yang dihormati di dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

Selain itu Zaid juga menegaskan bahawa KITA tidak memerlukan nama besar untuk menyertai parti itu sebaliknya pemimpin yang ikhlas di dalam memperjuangkan nasib rakyat.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...