Pages

Thursday, December 16, 2010

Tahniah Malaysia!!!Misi Seterusnya: Menang di Vietnam dan Ganyang Indon!!!


Tahniah diucapkan kepada pasukan kebangsaan kerana telah berjaya menewaskan pasukan kebangsaan vietnam dengan gayanya pada pertandingan Piala Suzuki AFF yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil....Kejayaan 2-0 hasil daripada jaringan Safee Sali itu diharapkan menjadi pemangkin kepada kebangkitan pasukan kebangsaan untuk terus mara ke perlawanan akhir....Namun begitu diharapkan para pemain skuad kebangsaan kita tidak terlalu leka dengan kejayaan di gelanggang sendiri ini kerana selepas ini kita akan berhadapan vietnam di halaman mereka semula...Tapi aku percaya dengan kemampuan skuad kita yang dikatakan masih mentah ini...Aku yakin mereka mampu untuk menutup mulut semua pengkritik-pengkritik dengan mempamerkan aksi yang hebat di atas padang....Di sini juga aku turut ingin melahirkan perasaan bangga aku terhadap penyokong-penyokong yang begitu ramai membanjiri stadium untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan kita....Di saat ramai yang meragui kemampuan pasukan ini, namun masih ramai yang setia memberi sokongan kepada mereka....Bangga sungguh aku melihat situasi ini....Kepada skuad negara, diharapkan anda dapat mengekalkan momentum kemenangan ini sewaktu bertandang ke gelanggang lawan nanti dan memastikan tempat ke perlawanan akhir...Secara peribadi, aku sangat-sangat berharap pasukan kita nanti akan bertemu dengan pasukan Indonesia semula....Jika ianya menjadi realiti, besarlah harapan aku jika pasukan kita dapat menebus semula kekalahan memalukan kepada Indonesia sewaktu di peringkat kumpulan...Lebih manis lagi jika pasukan kita ini mampu MENGGANYANG Indonesia sehingga lumat...Apapun, tahniah kepada pasukan kebangsaan!!!!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...