Pages

Monday, December 27, 2010

Nak ludah tak dapat, laser pon ok lah!!!!Malaysia Boleh!!!Tanah Tumpahnya Darahku


Waduh!!!Gawat ni dong!!!Dengarnya esok semua buruh-buruh kasar, pembantu-pembantu rumah, cleaner-cleaner, perampok, peter pan, padi, sheila on 7 dan semua warga Indon di Malaysia mahu mogok....Kayaknya mereka udah mereng kerna Garuda mereka udah ditambat di dalam sangkar oleh HARIMAU MALAYA....Gawat ni dong!!!!

Wahahahaahahaha...Betapa senang beta punya hati....Tahniah kepada pasukan kebangsaan kita kerana telah berjaya memadamkan keegoan pasukan Indonesia....Hasil permainan yang tenang dan tersusun (ikut standard ASEAN r) pasukan kita telah dengan gayanya berjaya membawa bekalan selesa pada pertemuan kedua nanti....

Diharapkan skuad HARIMAU MALAYA ini mampu menyerap sebarang tekanan yang bakal diterima mereka pada perlawanan kedua nanti....Aku sempat survey apa reaksi media Indon terhadap kekalahan mereka....Dan seperti yang dijangka, mereka tidak sesekali akan mengaku bahawa pasukan mereka telah beraksi LEMBIK tadi sebaliknya menyalahkan penyokong Malaysia kerana telah menggunakan laser terhadap penjaga gol mereka yang botak dan bebal itu....Come on r...Tiga-tiga gol Malaysia tu bukan disebabkan oleh pancaran laser tersebut...Janganlah cuba meletakkan kesalahan pada orang lain pula....

Tapi aku agak respek jugalah pada media mereka....Walaupun kalah teruk, mereka still pertahankan pasukan mereka....Cuba kalau Malaysia yang kalah, aku rasa walaupun Malaysia kalah 1-0 pon media kita tetap akan bantai pasukan kesayangan kita ni kow-kow punya...Apa punya mentaliti lah....

Satu lagi, macam biasalah kan....Aku nak luahkan betapa happy dan enjoynya aku melihat telatah penyokong-penyokong HARIMAU MALAYA yang begitu bersemangat sekali memberi sokongan....Terharu aku melihat kesungguhan mereka yang tidak putus-putus bersorak untuk pasukan kebangsaan....Walaupun tidak berkesempatan untuk ke stadium atas sebab-sebab peribadi, aku sempat meluangkan masa menonton di restoran....Bangga betul aku bila melihat satu keluarga yang datang berjersi Malaysia sambil membawa JALUR GEMILANG dan objek yang berbunyi-bunyi tu (trompet?hon?vuvuzela?)...bersemangat sekali....Tahniah....

Kepada anda semua, mari kita terus berdoa agar pasukan kita ini mampu mengukir sejarah baru bola sepak negara....Diharapkan mereka akan mampu menutup kalendar sukan negara dengan kejayaan....Insyaallah....

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...