Pages

Friday, December 3, 2010

Ibrahim Ali Tenat?


KUALA LUMPUR, 3 DISEMBER, 2010: Presiden Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menafikan dakwaan sebuah blog yang mendakwa beliau dalam keadaan tenat dan koma.

Ibrahim di dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Malaysian Digest hari ini menegaskan beliau berada di dalam keadaan sihat dan membidas penulis blog tersebut.

“Tok Him sihat wal’afiat. Ianya satu fitnah terhadap saya kerana marah terhadap kenyataan saya mengenai ketuanan melayu,” ujar Ibrahim di dalam SMSnya.

“Saya kenal ‘binatang’ yang buat fitnah ini. Binatang yang makan upah tanpa moral. Binatang ini tidak mampu jawab secara ilmiah kerana SPM pun tidak ada. Sejarahnya buat kulit buku, tunjuk pada mangsa dan peras ugut. Kesian ada binatang cari makan macam ini,” tambah beliau.

“Tok Him amat sihat dan sorry ya kerana amat sihat. Terima Kasih,” akhiri beliau di dalam SMS tersebut.

Tinjauan Malaysian Digest ke atas blog tersebut mendapati posting yang bertarikh 3 Disember 2010 itu antara lain mendakwa ahli Parlimen Pasir Mas itu masih sempat menipu walaupun di dalam keadaan tenat. Berikut adalah petikan daripada blog tersebut:

“Ibrahim Ali kini tenat dan dalam keadaan koma, jantungnya terhenti dengan mengejut, Rosmah turut hadir melawat (sumber mutakhir berita hairan),”.

“Ibrahim Ali makin tenat..dalam tenat2 dia sempat menipu dan mengelat..”.



Sumber: Malaysian Digest

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...