Pages

Friday, December 3, 2010

ANWAR DILARANG MASUK SELANGOR


7 Gesaan GAPS :


Pertama
Menasihati Kerajaan Negeri Selangor agar melucutkan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.

Kedua
Mengharamkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dari menjejakkan kaki ke bumi Selangor. Beliau merupakan virus yang menjadi dalam yang menyemai kebencian dan cemburu sesetengah pihak terhadap kemajuan dan perpaduan umat Melayu. Beliau juga yang akan menjadi dalang yang memecahkan keutuhan persahabatan dan perpaduan umat Melayu.

Ketiga
Menasihati Kerajaan Selangor agar mengawal dan mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana pimpinan negeri yang mempersoalkan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan atau Undang-undang Tubuh Negeri Selangor sama ada di pentas pentadbiran mahupun di gelanggang politik.

Keempat
Melucutkan dan menarik balik sebarang anugerah bintang, darjah kebesaran atau gelaran terhadap mereka yang menerajui dan bersekongkol dengan parti politik yang menggadaikan perkataan "Melayu".

Kelima
Tidak mempertimbangkan penganugerahan sebarang bintang, darjah kebesaran atau gelaran terhadap mereka menggadaikan perkataan "Melayu" demi kepentingan politik mereka.

Keenam
Terus memberikan titah nasihat yang boleh menimbulkan kesedaran kepada semua pihak agar tidak bertindak diluar batasan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri yang boleh mengganggu gugat keharmonian antara kaum, kestabilan politik dan sosioeknomi serta pembangunan negara keseluruhannya.

Ketujuh
Menasihati kerajaan negeri agar mengurangkan politiking dalam pentadbiran dan pemerintahan, mengutamakan kepentingan rakyat khususnya umat Melayu dalam pemerintahan dan menyelesaikan pelbagai isu rakyat dalam perbagai bidang termasuk isu pembangunan dan isu bekalan air.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...