Pages

Monday, December 20, 2010

26 Maut, 11 Cedera


IPOH: 26 maut manakala 11 lagi cedera dalam satu kemalangan dekat Kampung Kawai, Jalan Simpang Pulai menuju Cameron Highlands kira-kira jam 11.50 pagi tadi.
Kemalangan itu membabitkan bas persiaran yang berpangkalan di Thailand membawa 37 penumpang negara itu termasuk tiga daripadanya warga tempatan.
Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Zakaria Yusuf, berkata 22 meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi dalam perjalanan ke hospital.
Sementara itu, pengurusan syarikat bas pelancongan itu mengesahkan bahawa bas milik mereka terbabit tetapi enggan mengulas lanjut berhubung kejadian.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...