Pages

Tuesday, November 30, 2010

ISU AIR : KEDUDUKAN SEMASA INDUSTRI AIR SELANGOR



Pada masa lalu, industri air diletakkan dalam jabatan Kerajaan Negeri daripada pengurusan air mentah hingga ke perawatan dan pengagihan air. Cara pengurusan itu kini sudah berubah, yang pertamanya oleh sebab pengagihan air diserahkan kepada Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (PUAS), iaitu syarikat swasta milik Jabatan Bekalan Air (JBA), yang juga kemudiannya diswastakan sejajar dengan dasar penswastaan Kerajaan Malaysia.

Dengan yang demikian, industri air di Selangor kini dalam keadaan berpecah-pecah, dan dimiliki oleh beberapa pihak tertentu. Kerajaan Negeri melalui Lemaga Urus Air Selangor (LUAS) mempunyai hak sepenuhnya terhadap air mentah. Walaubagaimanapun, hak terhadap perawatan air nampaknya dipecahkan kepada beberapa pihak lagi, iaitu antara Kerajaan Negeri, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH), Konsortium ABASS Sdn. Bhd. (ABASS) dan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. Pengagihan air pula diswastakan sepenuhnya dan diuruskan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Dengan hal yang demikian, terdapat empat konsesi aor di Selangor.

Sebenarnya, falsafah asal penswastaan bagi memastikan industri-industri diuruskan dengan cekap dengan membekalkan air berkualiti dan mempunyai sistem pengagihan yang efisyen bagi faedah orang ramai dan disamping dapat mengurangkan beban kewangan yang dipikul oleh kerajaan. Walaupun peruntukan kemudahan awam sepatutnya memihak kepada kepentingan awam, namun hasrat tersebut sehingga hari ini belum dapat dilaksanakan dengan memuaskan oleh industri air di Selangor.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...