Pages

Wednesday, December 11, 2013

Singapura Tidak Lagi Selamat?

Singapura cukup terkenal dengan sikap hidung tingginya.  Negara itu gemar memandang rendah terhadap Malaysia dan sering mengejek atau memperlekeh Malaysia.  Tidak keterlaluan dikatakan bahawa hubungan baik Malaysia dengan Singapura adalah satu hipokrasi semata-mata, sekurang-kurangnya di pihak Singapura.

Telah beberapa kali Singapura dengan sengaja menyakitkan hati kita dengan menggambarkan Malaysia sebagai tidak selamat dan tidak cukup baik berbanding negara itu.  Kononnya pihak keselamatan kita tidak cekap dan tidak mampu membendung jenayah.

Antara Nelson Mandela dan Mangsa Banjir, Mana Lebih Penting?

Antara Nelson Mandela dan Mangsa Banjir, Mana Lebih Penting?

Kita tidak menafikan bahawa kerajaan ada kelemahan, sepertimana pembangkang juga ada keburukan.  Sebagai kerajaan yang terbuka dan matang, sebarang kritikan perlu dikaji dengan sebaiknya manakala kutukan pula diterima dengan tenang. Namun begitu, kita juga mengharapkan kematangan dan sikap professional yang sama, di kalangan mereka yang melemparkan kritikan terhadap kerajaan.

Kita dapati sesetengah orang begitu beremosi apabila mengkritik kerajaan akhir-akhir ini.  Emosi marah yang dijana setiap hari mampu mengakibatkan seseorang itu hilang pertimbangan.

Monday, December 9, 2013

Anwar kecewa gaji Penasihat Ekonomi tidak naik???


hehehee..jangan mare...

Islam Agama Islam Persekutuan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah

Kerajaan bersetuju untuk membawa usul bagi mengubah perlembagaan negara dengan menambah perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) bagi membendung masalah syiah yang dilihat semakin berkembang di negara ini.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

"Apakah yang boleh kita jadikan sebagai panduan selepas Perhimpunan Agung UMNO ke-67 ini dengan jelas menyatakan menyokon teguh kesungguhan kerajaan meninggikan syariat Islam di negara ini serta-merta.

Wednesday, December 4, 2013

Naik Gaji Adun : Khalid Kena Bedal Lagi

Seperti yang telah dijangkakan, keputusan kerajaan negeri meluluskan kenaikkan mendadak gaji dan elaun bulanan untuk semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 ini mendapat tentangan yang hebat dari pelbagai lapisan masyarakat.

Ekoran daripada rungutan itu juga, pimpinan pakatan pembangkang akhirnya terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk turut sama mengkritik tindakan yang melampaui batas itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilaporkan berkata, kerajaan negeri khususnya Khalid perlu mengambil kira teguran daripada rakyat.

Monday, November 4, 2013

ISU TINGKAT 4 KBS: SPRM JANGAN TIDOO!!!!

Kita semua kini sudah sedar, usaha keras SPRM untuk membanteras rasuah di dalam negara ini telah berjaya membuahkan hasil. Buktinya kajian yang dibuat oleh badan bebas pemantau rasuah antarabangsa, Transparency International (TI) mendapati Malaysia berada dalam kelompok 15 negara yang terbaik di dunia dalam kajian indeks Barometer Rasuah Global 2013 (Global Corruption Barometer 2013).

Rumusan itu  berdasarkan kurang lima peratus daripada responden yang ditemuduga dalam kajian mengaku pernah memberi rasuah ketika berurusan dengan mana-mana satu daripada lapan agensi kerajaan terpilih, menjadikan keadaan di negara ini lebih baik dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Italy.

Siasatan yang dijalankan oleh SPRM tidak hanya merangkumi siasatan sahaja, tetapi ia akan melibatkan Bahagian Siasatan, Bahagian Perisikan dan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Bahagian Operasi Khas.

Thursday, October 24, 2013

PAC panggil 5 kementerian, 2 jabatan


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) akan memanggil lima kementerian dan dua jabatan kerajaan untuk tampil memberikan penjelasan susulan laporan yang diumumkan Ketua Audit Negara, baru-baru ini.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata antara kementerian yang akan dipanggil memberikan keterangan termasuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelajaran serta Kementerian Pengangkutan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...